Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin hari ini dilihat mengelak daripada menjawab soalan berkenaan rancangan bekas anggota parlimen PKR untuk bekerjasama dengan Umno.

"Saya tak tahu hal tu. Saya tak ada jumpa mereka," katanya ringkas kepada pemberita.

Beliau yang ditemui ketika berjalan keluar dari lobi Hotel Sofitel di Kuala Lumpur kemudian terus masuk ke keretanya.

Zuraida berkata demikian ketika dibangkitkan bahawa bekas anggota parlimen PKR sebelum ini sebahagian daripada PH yang berkata mahu "menyelamatkan negara daripada Umno" tetapi dilaporkan termasuk dalam usaha menubuhkan gabungan baru dengan parti itu, pada Ahad lalu.

Digelarkan sebagai "Langkah Sheraton", ia melibatkan 11 bekas anggota parlimen PKR diketuai Azmin Ali, PAS, Umno, Bersatu, Gabungan Parti Sarawak (GPS), dan dilaporkan juga Warisan.

Sehari kemudian, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mengumumkan pemecatan Zuraida dan Azmin atas dasar "pengkhianatan terbuka" dan terlibat dalam usaha yang bertentangan dengan pendirian parti dalam soal kedudukan perdana menteri.

Pada masa sama, Azmin dalam satu kenyataan bersama 10 anggota parlimen lain mengumumkan keluar daripada parti itu dan membentuk blok bebas di Parlimen.

Lihat Komen
ADS