Terjemahan ertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak melakukan secukupnya dalam menangani isu-isi mengenai hak asasi manusia di Singapura, kata seorang aktivis politik dan media, James Gomez.

Gomez yang turut bertanding sebagai wakil parti pembangkang Parti Pekerja dalam pilihanraya republik itu baru-baru ini, menegaskan demikian ketika berucap di Kelab Wartawan Asing di Thailand pada 16 Mei lalu.

"NGO serantau perlu melakukannya secara cekap, terancang dan tepat pada masanya. Mereka perlu lebih berminat melakukannya," katanya, merujuk kepada pilihanraya di republik tersebut.

Gomez ditahan oleh pihak berkuasa Singapura ketika hendak melepas dari negara tersebut selepas pilihanraya berkenaan. Ianya berikutan aduan daripada Jabatan Pilihanraya yang mendakwa beliau telah mengugut beberapa kakitangan jambatan berkenaan.

Seminggu kemudiannya, tuduhan terhadapnya digugurkan dan Gomez dibenarkan berlepas keluar dari republik tersebut. Beliau tinggal beberapa hari di Bangkok, dalam perjalanannya ke Sweden, di mana beliau bertugas sebagai seorang penyelidik.

Walaupun beberapa NGO menghantar wakil untuk memantau perjalanan pilihanraya tersebut, tetapi ianya tidak begitu menonjol dan ini membuat Gomez bertanya-tanya setakat ini keberkesanan kewujudan NGO serantau seperti badan hak asasi manusia dan badan kebebasan akhbar.

"Apakah fokus mereka terhadap hak asasi manusia dan setakat manakah keutamaan mereka terhadap hak asasi manusia di Singapura," soalnya.

Sehubungan itu, katanya, NGO serantau perlu meningkatkan pemantauan mereka terhadap pelanggaran hak asasi manusia terhadap individu-individu dari parti pembangkang di republik tersebut.

Lebih ramai aktivis diperlukan

Sementara itu, Ruki Fernando dari Forum-Asia berkata, Singapura memerlukan ramai aktivis seperti Gomez untuk membangkitkan minat awam terhadap isu-isu tersebut.

Manakala Roby Alampay daripada Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) berkata pertubuhannya tidak dapat bekerjasama dengan media yang dikuasai kerajaan di Singapura.

Bagaimanapaun, katanya, Seapa dapat melihat peluang bekerjasama dengan media-media baru, seperti para blogger.

"Kita boleh bekerjasama dengan para blogger, tetapi mereka perlu mempunyai keberanian untuk melakukannya," kata Alampay.

"Momentum ke arah itu perlu dicetuskan oleh para blogger di Singapura, dan kita juga perlu melihat trend dan kemajuannya," tambah beliau.

Lance Woodruff dari agensi berita Thailand MCOT pula berkata kebanyakan NGO dan pertubuhan masyarakat sivil serantau, tidak berbuat demikian bukan kerana mereka kurang minat atau tidak memandang berat perkara tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah disebabkan oleh reputasi pihak berkuasa republik itu yang mengawal ketat medianya.

"Kalau mereka tidak benarkan anda berbuat apa-apa, maka tidak perlulah buat apa-apa?..." katanya.

Singapura diperintah oleh parti PAP sejak republik itu mencapai kemerdekaan pada 1965. Berita asal