Dr M: Hak Taib untuk terus pegang jawatan Ketua Menteri Swak
Terjemahan Adalah hak Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak jika beliau masih mahu terus menyandang jawatan tersebut, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terjemahan Adalah hak Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak jika beliau masih mahu terus menyandang jawatan tersebut, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terpulanglah kepada budibicara Taib sama ada beliau masih mahu terus menjadi ketua menteri atau bersara, kata Dr Mahathir kepada malaysiakini dalam satu wawancara ekslusif minggu ini.
Bagaimanapun, tegas beliau, "akhirnya, rakyat Sarawaklah yang akan memutuskan beberapa lama beliau akan menyandang jawatan ketua menteri", katanya ketika menjawab soalan mengenai pilihanraya Sarawak dan mengenai Taib yang sudah lama menyandang jawatan ketua menteri.
"Saya rasa, saya merupakan segelintir mereka yang membuat keputusan untuk bersara, dan saya bersara bukan kerana dipaksa oleh sesiapa...saya sendiri yang membuat keputusan untuk bersara. Tetapi beliau (Taib) mempunyai hak untuk kekal (sebagai ketua menteri)," kata Dr Mahathir.
"Tetapi apa sekalipun, rakyat Sarawak mempunyai pilihan," tambahnya.
Terlalu kuat
Taib menyandang jawatan tersebut sejak tahun 1981 dan dijangka pilihanraya negeri esok merupakan penggal terakhir beliau menyandang jawatan tersebut.
Mengenai anggapan bahawa Taib kini 'terlalu kuat', Dr Mahathir mengambil contoh Singapura di mana keputusan pilihanrayanya baru-baru ini menunjukkan berlakunya kemerosotan sokongan kepada parti pemerintah, PAP.
Sehubungan itu, beliau berkata, keputusan pengundian rakyat Sarawak dalam pilihanraya negeri kali ini akan memberi petunjuk mengenai perkara tersebut.
"Rakyat akan membuat keputusan. Maksud saya, ini adalah sebuah negara yang bebas. Anda diberi peluang untuk mengundi. Memanglah, di Singapura pun mereka boleh mengundi. Jumlah pengundi (untuk PAP) telah merosot, jadi mungkin anda boleh membaca sesuatu (di sana).
"Di negara ini, jika anda mengundi pembangkang, kita telah menyumbat mereka ke dalam penjara atau mendakwa anda di mahkamah. Di negara ini, jika anda terpilih, anda boleh duduk dalam Parlimen, anda boleh duduk dalam Dewan Undangan Negeri atau apa-apalah.
"Kita lebih demokratik sedikit daripada sesetengah pihak," kata Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang nasihat kepada Ketua Menteri Sarawak itu, Dr Mahathir berkata: "Tidak, saya tidak mahu menasihati sesiapa. Saya tidak layak untuk menasihati sesiapapun."
Patuhi kehendak rakyat
Januari lalu, Taib mengesahkan yang beliau menghidup barah usus, tetapi tidak membimbangkan.
Sewaktu pulang daripada menjalani rawatan perubatan di Singapura, Taib memberitahu media, beliau menjalani pembedahan untuk membuang tumor selepas dikesan menghidap barah usus yang masih di peringkat awal.
Katanya, beliau tidak perlu menjalani rawatan kemoterapi kerana para doktor yang merawatnya mendapati beliau telah pulih sepenuhnya.
Para pemimpin pusat, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, turut menziarahi beliau di Kuching.
Tidak lama selepas itu, Taib menyuarakan kekecewaannya tentang khabar angin yang mendakwa beliau sakit dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Selepas itu, beliau tidak lagi bercakap mengenai persaraannya, tetapi sebaliknya menyatakan kesediaannya untuk terus berkhidmat jika rakyat masih mahu beliau menjadi ketua menteri. Berita asal
Wawacara penuh malaysiakini dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiarkan mulai Selasa depan (23 Mei 2006).


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.