Mafrel: BPR enggan terima aduan dakwaan beli undi
Terjemahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini enggan menerima aduan daripada Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) berhubung dakwaan berlakunya perbuatan membeli undi di Sarawak.
Terjemahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini enggan menerima aduan daripada Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) berhubung dakwaan berlakunya perbuatan membeli undi di Sarawak.
Pengerusi Mafrel, Abdul Malek Hussin berkata, BPR tidak mahu menerima aduannya itu atas alasan aduan polis mengenai perkara itu, telah pun dibuat.
Ketika ditemui di luar pejabat BPR di Kuching, beliau melahirkan rasa kecewanya terhadap agensi tersebut dan mendakwa pegawai-pegawai BPR yang menemuinya bersikap seperti mahu mengelak daripadanya.
Malek berkata, mereka cuba meyakinkan beliau bahawa tidak perlu laporan yang sama dibuat dua kali.
Sehubungan, pengerusi Mafrel itu berkata, beliau akan membangkitkan isu tersebut dengan pegawai kanan BPR.
Malek berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang petani Bidayuh dari Kampung Tebewang di Bau semalam, dengan mendakwa dia nampak penyokong Barisan Nasional (BN) memberi wang kepada 12 pengundi di kampung tersebut.
Dipantau dengan teliti
Laporan tersebut yang dibaca oleh Malek hari ini, menyebut kejadian tersebut dikatakan berlaku di rumah ketua kampung tersebut pada 16 Mei lalu.
Pengundi berkenaan dikatakan masing-masing menerima sampul surat yang berisi lima keping wang kertas RM10.
Malek percaya, ianya bukan satu kes terpencil, tetapi mengesyaki taktik seumpama itu mungkin meningkat pada saat-saat akhir menjelang hari pengundian esok.
Beliau juga menggesa orang ramai yang menyaksikan kejadian seumpama itu supaya memaklumkannya segera kepada pihak berkuasa.
Dalam satu perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS, Husam Musa menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Mafrel itu.
Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, isu-isu yang dibangkitkan oleh badan pemantau bebas itu sehingga ini termasuk kekeliruan mengenai senarai pemilih, undi pos dan pengundi hantu adalah amat serius yang boleh menjejaskan kredibiliti pilihanraya negeri. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.