Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Memang saya jadi barua’
Diterbitkan:  Mar 2, 2020 7:04 PM
Dikemaskini: 11:04 AM

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee berkata beliau beralih angin dalam politik negeri kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Harapan sebelum ini.

“Mereka kata nak khidmat, nak bermaruah, tengok-tengok saya jadi barua. Memang saya jadi barua. Saya cakap terang-terang, saya outspoken (lantang), saya tak reti nak beralas-alas.

“Bila hati dan jiwa dah serahkan ini berlaku, saya kecewa. Ini saya balik ke pangkuan,” katanya. dalam sidang media wakil rakyat Perikatan Nasional di Melaka ini.

Beliau juga berkata bertindak demikian demi “kepentingan Melayu”.

Norhizam yang asalnya anggota Umno menyertai DAP pada tahun 2006.

Perikatan Nasional dijangka mengambil alih kerajaan negeri Melaka dengan sokongan Norhizam dan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis daripada PKR.

Pengerusi Umno Melaka, Abd Rauf Yusoh pada sidang akhbar yang sama berkata Perikatan Nasional kini mempunyai sokongan 17 daripada 28 Adun.

Lihat Komen
ADS