PKR bertanding kerana sokongan rakyat S'wak
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak meletakkan calon di Sarawak jika mereka tidak mendapat sambutan dari rakyat negeri itu, kata Naib Ketua Pemudanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak meletakkan calon di Sarawak jika mereka tidak mendapat sambutan dari rakyat negeri itu, kata Naib Ketua Pemudanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Katanya, PKR 'tidak akan mati' kerana parti itu ditubuhkan oleh rakyat dan berjuang untuk membela kepentingan rakyat termasuk rakyat Sarawak.
"PKR adalah simbol perjuangan rakyat...ia bukan parti untuk mengayakan golongan tertentu," katanya.
Shamsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengatakan PKR seumpama `hidup segan, mati tidak mahu.'Najib dilaporkan berkata: "Di Semenanjung ia sudah bernyawa ikan, sekarang ini hendak berpindah mencari kolam baru kerana di sini suasananya lebih nyaman.
"Tapi saya yakin PKR tidak ada tempat di hati rakyat Sarawak," kata Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN semasa berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Perpaduan di Kuching semalam.
Najib khuatir?
Najib juga menyifatkan pembangkang sebagai ahli politik bermusim yang hanya muncul pada pilihanraya sedangkan Barisan Nasional sentiasa bersama rakyat, sama ada "susah ataupun senang".
Shamsul berkata, Najib mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa kerana merasa khuatir dengan pengaruh PKR dalam pilihanraya umum di Sarawak kali ini.
Menurutnya, ini dapat dibuktikan dengan begitu rakyat pengundi yang menghadiri program kempen yang dibuat oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sarawak.
"Di mana-mana Anwar pergi, ribuan rakyat menghadiri program beliau, baik di kawasan bandar atau luar bandar termasuk di kubu kuat BN," katanya lagi.
Shamsul berkata, sebagai contoh hampir 3,000 pengundi memberi sokongan kepada PKR semasa Anwar berkempen di kawasan Saribas, kira-kira 200 kilometer dari Kuching, Selasa lalu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.