Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isteri Pastor Koh menang anugerah keberanian antarabangsa
Diterbitkan:  Mar 4, 2020 12:14 PM
Dikemaskini: 4:14 AM

Susanna Liew, isteri Pastor Raymond Koh yang dilaporkan hilang dinamakan di kalangan 12 Wanita Berani Antarabangsa (IWOC) untuk tahun 2020.

Pengumuman itu dibuat oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa Liew, bekas pengetua sekolah dan seorang pendidik, telah dipilih untuk kerja-kerja hak asasi manusia berikutan penculikan suaminya, yang didakwa dilakukan oleh agen negara.

"Liew berjuang secara gigih demi pihak minoriti agama yang hilang dalam keadaan yang sama.

"Walaupun ada gangguan, dia terus menyokong mereka yang senasib kerana hak sebagai rakyat Malaysia dan manusia," katanya.

Kedutaan Amerika Syarikat memuji Liew kerana berjuang bagi pihak golongan agama minoriti yang hilang di Malaysia dalam keadaan yang sama - termasuk Amri Che Mat, Joshua Hilmy, dan isterinya Ruth - atau mereka yang berdepan pendakwaan atas kepercayaan mereka.

"Liew aktif memperjuangkan keadilan untuk suaminya dan orang lain semasa siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2018-2019. Ini mendorong kerajaan untuk menyiasat kes-kes berkenaan dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS