Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
4 menteri kanan, tiada TPM
Diterbitkan:  Mar 9, 2020 5:16 PM
Dikemaskini: Mar 10, 2020 10:26 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan jemaah menteri bagi kerajaan Perikatan Nasional, yang menubuhkan kerajaan baru susulan keruntuhan kerajaan PH awal bulan ini.

Muhyiddin menyifatkannya sebagai "kabinet yang berfungsi", yang akan berkhidmat secara lebih fokus dan berkesan.

"Untuk itu, saya akan melantik empat orang menteri kanan yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

"Pelantikan menteri-menteri kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.

"Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a cabinet that delivers," katanya lagi.

Dengan pelantikan menteri-menteri kanan ini, Muhyiddin berkata tiada keperluan untuk seorang timbalan perdana menteri pada masa ini.

"Menteri-menteri kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai perdana menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara," katanya yang juga presiden Bersatu.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lalu, selepas kemelut politik berlarutan selama kira-kira seminggu.

Beliau menerima sokongan daripada anggota parlimen Bersatu, Umno-BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lalu, selepas kemelut politik berlarutan selama kira-kira seminggu.

Beliau menerima sokongan daripada anggota parlimen Bersatu, Umno-BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menteri kanan:

Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Azmin Ali

Timbalan menteri - Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

Pertahanan - Ismail Sabri Yaakob

Timbalan menteri - Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Kerja Raya - Fadillah Yusof

Timbalan menteri - Shahruddin Bin Md Salleh

Pendidikan - Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan menteri I - Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan menteri II - Muslimin Yahaya

Baca selanjutnya: Senarai penuh kabinet Muhyiddin

Lihat Komen
ADS