Putin beri bayangan bertanding pemilihan presiden 2024
Diterbitkan: Mar 11, 2020 12:51 PM
GLOBAL | Presiden Rusia Vladimir Putin pada Selasa memberi bayangan beliau mungkin akan bertanding dalam pemilihan Presiden 2024 andai Mahkamah Perlembagaan meluluskannya, lapor agensi berita Xinhua.
Pindaan perlembagaan sedang dibahaskan untuk bacaan kali kedua di Duma (Dewan Rakyat).
Ahli parlimen Valentina Tereshkova mencadangkan perubahan ke atas klausa mengehadkan tempoh jawatan Presiden yang sekarang ini terhad untuk dua penggal berturut-turut.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.