Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhammadiyah lantik Dr Corona tangani koronavirus
Diterbitkan:  Mar 11, 2020 10:08 PM
Dikemaskini: 2:08 PM

GLOBAL | Untuk membantu kerajaan Indonesia menangani ancaman Koronavirus 2019 (Covid-19), pertubuhan Muhammadiyah menubuhkan satu pasukan khas yang agak istimewa.

Ia diketuai pakar perubatan yang bernama Dr Corona Rintawan.

Menyedari namanya itu menarik perhatian ramai kerana persamaan sebutan dengan penyakit itu, Corona berkata, ia cuma kebetulan saja.

Katanya perkataan korona itu bermaksud mahkota.

"Nama corona itu ertinya crown, mahkota... bagus" katanya seperti dipetik CNN Indonesia hari ini.

Covid-19 bermula di ibu negeri Hubei, Wuhan, dan merebak hampir ke seluruh dunia. Ketika ancaman wabak itu di China semakin terkawal, di negara lain ia semakin merebak, termasuk di Asia Tenggara.

Untuk rekod Corona ialah petugas di Hospital Muhammadiyah Lamongan di Jawa Timur.

Katanya, dia sudah terlibat dalam misi amal dan membantu mangsa bencana sejak sekian lama. Misalnya ketika Aceh dibadai tsunami pada 2004 dia juga pernah dihantar bertugas ke sana.

Pada 2013 Corona dihantar Muhammadiyah untuk membantu pasukan perubatan di Filipna. Negara lain yang pernah mendapat curahan bakti Corona ialah di Myanmar dan Nepal.

"Mungkin sebab pengalaman itu membua Muhammadiyah memilih saya jadi mengetuai pasukan khas ini," katanya.

Lihat Komen
ADS