Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Belum boleh sokong, Muhyiddin kawan dengan pencuri’
Diterbitkan:  Mar 12, 2020 11:44 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad masih belum bersedia menyokong penggantinya Muhyiddin Yassin.

“Waktu ini belum boleh bolehlah (beri sokongan). Ini kerana Muhyiddin berkawan dengan orang tidak senonoh, pencuri, penyangak, kleptokrat.

“Saya tidak boleh. Tetapi waktu ini orang-orang itu sangat kuat.

“Dia mempunyai kuasa menumbangkan kerajaan kerana Umno ada lebih 50 ahli parlimen sedangkan bersatu kalau campur-campur cuma ada 30 ahli Parlimen,” beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Sinar Harian.

Mahathir dilaporkan mengakui Perikatan Nasional (PN) akan tumbang jika Umno menarik balik sokongannya.

Dalam wawancara di Putrajaya kelmarin itu, Mahathir juga berkata beliau akan memantau pergerakan kerajaan baru.

Lihat Komen
ADS