Perkongsian: Kata putus model, harga di tangan Proton
Perusahaan Automobil Nasional Berhad (Proton) mempunyai kuasa untuk menentukan model dan harga meskipun mengadakan perkongsian dengan pengeluar kereta lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Perusahaan Automobil Nasional Berhad (Proton) mempunyai kuasa untuk menentukan model dan harga meskipun mengadakan perkongsian dengan pengeluar kereta lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Beliau berkata, Proton juga boleh mengeluar beberapa model dalam setahun jika mendapat pasaran baik sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Katanya, kerajaan juga memutuskan supaya kandungan barangan tempatan untuk kereta nasional ialah 60 peratus.
"Ini bermakna Proton mempunyai kuasa ke atas rakan kongsinya dan perkara ini sudah dipersetujui oleh rakan kongsi tersebut," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Automatif Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Najib berkata, melalui Dasar Automatif Negara (NAP) kerajaan akan tetap memberi sokongan penuh kepada Proton dalam menghadapi pasaran global.
Katanya, sasaran utama pasaran kenderaan keluaran Proton ialah untuk pembeli tempatan dan di kalangan negara Asia Tenggara.
Beliau berkata, industri automatif sangat penting kepada negara kerana ia membabitkan peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat tempatan.
Terpaksa berasing
Menurutnya, Proton tidak boleh hanya menumpukan perhatian kepada pasaran tempatan, tetapinya sebaliknya juga perlu bersaing untuk pasaran luarm terutama di negara Asean.
"Bagaimanapun, dengan pasaran global yang semakin terbuka, Proton terpaksa bersaing dengan kereta keluaran India dan China, selain pengeluar utama Jepun, Amerika Syarikat dan Eropah," katanya.
Mohd Najib menolak dakwaan bahawa kereta keluaran Perusahaan Automobil Kedua (Perodua) telah mengambilalih pasaran kereta tempatan dari Proton.
Dalam sidang media tersebut, Timbalan Perdana juga ditanya mengenai tindakan agensi penguatkuasaan yang mengambil masa terlalu lama untuk menangani kes yang membabitkan kepentingan awam.
Beliau berkata, agensi penguatkuasa perlu mengambil tindakan dengan segera dan jika gagal berbuat demikian kredibiliti mereka akan dipersoalkan oleh orang ramai.
Mohd Najib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 16 syarikat di Selangor yang menjalankan aktiviti pelupusan sisa aluminium secara haram di Sungai Janggut, Kuala Selangor.
Kilang tersebut sudah beroperasi selama 10 tahun satu tempoh yang cukup panjang untuk `satu aktiviti haram', menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.