mk-logo
Berita
Muhyiddin pertahan jawatan presiden Bersatu
Diterbitkan:  Mar 16, 2020 1:14 PM
Dikemaskini: 5:14 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat cuba mengelakkan konfrontasi secara langsung dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad apabila beliau cuma akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden Bersatu dan bukannya bertanding jawatan pengerusi Bersatu, yang merupakan jawatan penting dan berpengaruh dalam parti itu.

Muhyiddin hari ini mengemukakan borang pencalonannya untuk kerusi presiden Bersatu melalui setiausaha politiknya, menurut Bernama.

Muhyiddin, yang menentang Mahathir dengan membentuk sebuah kerajaan baru dengan kerjasama Umno, pernah mengisytiharkan dirinya sebagai pengerusi Bersatu dalam usaha merampas parti itu.

Tindakan itu demi memastikan ahli Parlimen Bersatu menyokongnya sebagai perdana menteri yang baru.

Mahathir pada 24 Feb lalu meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu selepas Muhyiddin mengumumkan Bersatu keluar meninggalkan Pakatan Harapan (PH). Beliau juga kemudiannya meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Satu mesyuarat parti yang dipengerusikan oleh Muhyiddin kemudian menolak perletakan jawatannya pada malam yang sama dan meyakinkannya untuk terus berkhidmat pada hari berikutnya, yang dipersetujui beliau.

Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya dalam kenyataan rasmi pada 27 Februari mengumumkan bahawa Mahathir akan terus menjadi pengerusi Bersatu.

Muhyiddin mahu Mahathir menerajui kerajaan baru tetapi apabila Mahathir enggan kerana tidak mahu bekerjasama dengan Umno, beliau merampas jawatan pengerusi dengan menolak pelantikan semula Mahathir dan mengumumkan jawatan itu sebagai kosong.

Oleh itu, beliau mengambil alih jawatan sebagai pengerusi yang menghalang Mahathir daripada bertindak ke atasnya.

Muhyiddin kemudiannya menjadi perdana menteri pada 1 Mac.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS