MCA Ambil Iktibar Kekalahan SUPP Di Sarawak
MIC akan mengambil iktibar daripada kekalahan terusk Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dalam pilihanraya Sarawak Sabtu lalu yang berpunca daripada kemerosotan undi kaum Cina.
MIC akan mengambil iktibar daripada kekalahan terusk Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dalam pilihanraya Sarawak Sabtu lalu yang berpunca daripada kemerosotan undi kaum Cina.
Naib Presiden MCA Datuk Ong Tee Keat berkata parti MCA sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang berasaskan kaum Cina itu akan sentiasa peka terhadap permasalahan rakyat terutama kaum terbabit.
"Saya berpendapat kita kenalah sentiasa mengambil ikhtibar daripada baik buruknya kejadian yang berlaku.
"Bila kita menang pun, jangan kita lupa daratan, bila kita kalah, kajilah dengan sedalam-dalamnya sebab kita kalah atau pun kita kurang dapat sokongan atau kelebihan undi itu merosot," katanya kepada pemberita di majlis konvokesyen Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di Kuantan.
Dalam pilihanraya tersebut, SUPP sebuah parti komponan BN Sarawak bertanding di 19 dewan undangan negeri tetapi tewas di lapan kawasan kepada DAP (6) dan masing-masing kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan SNAP.
Jangan pandang remeh
Menurut laporan Bernama, Ong yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata MCA mengamalkan penyelesaian segera terhadap sesuatu permasalahan masyarakat dan bukan sekadar mengambil maklum berhubung masalah itu.
Ong berkata permasalahan setempat tidak boleh dipandang remeh berikutan persepsi masyarakat yang berbeza.
"Yang kita dengar, rungutan atau persepsi itu kebanyakannya membabitkan tanggungan hidup yang semakin mendesak kerana ada kenaikan harga," katanya.
Setiausaha Organisasi SUPP Datuk Peter Chin Fah Kui semalam menyuarakan kekecewaannya terhadap sokongan pengundi Cina, terutama di kawasan bandar.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.