Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Soalan Lazim Kementerian Wilayah Persekutuan
Diterbitkan:  Mar 19, 2020 6:33 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

1) Adakah Kementerian Kementerian Wilayah Persekutuan akan beroperasi seperti biasa?

Sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19 dan selaras dengan Arahan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pegawai KWP akan berkerja dari rumah. Sebarang soalan berkaitan program/aktiviti kementerian boleh dipanjangkan melalui emel atau membuat panggilan ke talian hotline kementerian di 03-8885 8522.

2) Adakah invois tuntutan yang dikemukakan oleh pembekal bagi perkhidmatan yang telah disempurnakan akan diproses dalam PKP?

Invois tuntutan bayaran akan diproses sewajarnya.

3) Bagaimana kedudukan tender atau sebut harga yang telah dipelawa tetapi tarikh tutupnya dalam tempoh PKP?

Tarikh tutup tender atau sebut harga telah dilanjutkan sebagaimana hebahan yang telah dibuat melalui platform pelawaan dibuat.

4) Bagaimana kedudukan tender atau sebut harga yang telah tamat tempoh sah laku dalam tempoh PKP?

Tarikh sah laku tender atau sebut harga telah dilanjutkan sebagaimana hebahan yang telah dibuat melalui platform pelawaan dibuat.

1) Adakah operasi kaunter bayaran bagi Perumahan Awam/PPR dan Pelesenan dan OSC dibenarkan beroperasi di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan?

Semua kaunter bayaran bagi perkhidmatan di atas adalah tidak beroperasi dan ditutup dari 18 hingga 31 Mac 2020. Pembayaran secara online adalah diteruskan seperti biasa dengan mengunakan saluran sedia ada.

2) Adakah premis dan perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beroperasi seperti biasa?

DBKL menutup premis dan perkhidmatan mulai 18-31 Mac 2020 meliputi:

• Semua pejabat DBKL

• Dataran Merdeka

• Perkhidmatan suntikan tifoid/meningitis

• Taman-taman awam

• Dewan serbaguna/komuniti

• Kompleks sukan

• Perpustakaan KL, cawangan dan bergerak; dan

• Tandas-tanda awam di bawah seliaan DBKL

DBKL mempunyai 2 Bilik Gerakan DBKL untuk perkhidmatan:

• Perumahan di talian 03-9226 3112/1312/1112

• Kecemasan di talian 03-4024 4424 / 03-4026 7222

• Pengurusan Kesihatan Kakitangan DBKL 03-2027 5399

3) Adakah kaunter urusan di Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan KL (PTGWP) dibuka?

Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan KL ditutup dan semua urusan di PTGWPKL akan bermula semula pada 1 April 2020 atau sehingga dimaklumkan kelak.

4) Adakah operasi perniagaan kompleks beli belah/kompleks perniagaan/premis hiburan/gerai makan tepi jalan/food truck/penjaja beredar/pasar tani/pasar pagi/pasar malam/bazaria boleh beroperasi seperti biasa di Kuala Lumpur?

Semua operasi perniagaan di atas hendaklah ditutup sepenuhnya berkuatkuasa 18-31 Mac 2020 berdasarkan Notis Penutupan Premis Perniagaan WPKL oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020. Hanya perkhidmatan take away dari restoran dibenarkan.

5) Adakah Perpustakaan Kuala Lumpur dan semua rangkaian perpustakaan cawangan di Kuala Lumpur beropersi?

Perpustakaan Kuala Lumpur dan semua rangkaian perpustakaan cawangan di Kuala Lumpur menutup sementara operasi. Orang awam digalakkan untuk melayari perkhidmatan koleksi buku elektronik Perpustakaaan KL di http://kl.elib.com.my dan juga perkhidmatan u-Pustaka di pautan www.upustaka.gov.my. Jika tarikh pemulangan bahan bacaan yang dijadualkan adalah dalam tempoh penutupan ini, TIADA sebarang denda lewat pemulangan akan dikenakan.

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA:

1) Adakah operasi perkhidmatan dan kemudahan penggunaan fasiliti awam di Putrajaya masih beroperasi?

Perbadanan Putrajaya menutup dan menghentikan operasi berkuatkuasa

mulai 18-31 Mac 2020 di premis-premis seperti berikut:-

• Kompleks Perbadanan Putrajaya

• Pejabat-pejabat di bawah Perbadanan Putrajaya

• Anak-anak syarikat Perbadanan Putrajaya

• Pusat Tarikan Pelancongan Putrajaya

• Taman-taman awam di Putrajaya

• Kompleks Kejiranan, Kemudahan Sukan, Dewan-dewan, Rumah Tamudan Rumah Penginapan di bawah seliaan Perbadanan Putrajaya

2) Adakah operasi restoran dan kemudahan sukan Kelab Tasik Putrajaya boleh digunakan?

Kelab Tasik Putrajaya menutup semua operasi kemudahan sukan dan restoran bermula 18-31 Mac 2020.

3) Adakah premis makanan, restoran dan food truck dibenarkan beroperasi di Putrajaya?

Premis makanan, restoran dan food truck dibenarkan beroperasi untuk menjual makanan secara take away dan food delivery sahaja.

4) Adakah perniagaan keperluan harian beroperasi di Putrajaya?

Kesemua premis perniagaan seperti pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka adalah beroperasi seperti biasa dan premis tersebut dikehendaki menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan pelanggan.

5) Bagaimanakah cara untuk orang awam menghubungi PPj bagi sebarang aduan/laporan/pertanyaan?

Orang awam yang mempunyai sebarang aduan/laporan/pertanyaan mereka boleh menghubungi PPj Command Centre di talian 03-88877999 atau whatsapp ke 019-26663000.

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN:

1) Adakah operasi pejabat Perbadanan Labuan dibuka untuk orang ramai?

Semua pejabat dan perkhidamatan Perbadanan Labuan ditutup berkuatkuasa

mulai 18-31 Mac 2020 meliputi:-

• Wisma dan Kompleks Perbadanan Labuan

• Pejabat-pejabat di bawah Perbadanan Labuan

• Anak-anak syarikat Perbadanan Labuan

• Pusat Tarikan Pelancongan Labuan

• Taman-taman awam di Labuan

• Kompleks Kejiranan, Kemudahan Sukan, Dewan-dewan, di bawah seliaan Perbadanan Labuan.

Walau bagaimanapun, sekiranya orang awam mempunyai sebarang aduan/laporan/pertanyaan mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan PL yang beroperasi 24 jam di talian 087-425600/012-3588665/019-7878665.

Lihat Komen
ADS