Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KKM mohon doktor, jururawat bersara berkhidmat semula

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon doktor dan jururawatnya yang sudah bersara untuk kembali berkhidmat dalam usaha memantapkan barisan hadapan semasa berdepan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu sidang akhbar hari ini bahawa mereka mensasarkan untuk mencapai 2,000 tenaga kerja mahir untuk membantu secepat mungkin.

"Kami sedang dalam proses untuk meningkatkan sumber manusia, termasuk jururawat dan doktor.

"Apa yang penting sekarang, kami mahukan mereka yang sudah mempunyai pengalaman seperti jururawat dan pakar yang telah bersara. Mereka boleh membantu kami.

"Kami juga dalam proses meningkatkan peralatan," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan semasa Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, kementerian sedang berusaha mendaftar dan menemubual sukarelawan untuk mengetahui di mana mereka pernah berkhidmat sebelum ini.

Sementara itu, ditanya mengenai aduan bahawa pegawai perubatan berasaskan kontrak tidak diperbaharui perkhidmatan atau diterima sebagai kakitangan tetap, Noor Hisham berkata pihaknya berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah itu.

"Masalah ini telah berlaku sebelum Covid-19, sudah menjadi masalah.

"Kami berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikannya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, dari segi jawatan tetap atau kontrak (untuk pegawai perubatan kita)," katanya.

Dilaporkan sebelum ini bahawa sejumlah pekerja industri penjagaan kesihatan Malaysia masih belum mendapat sebarang penempatan di hospital kerajaan.

Ia dikatakan merupakan masalah yang disebabkan peningkatan jumlah graduan perubatan dari institusi tempatan dan asing.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS