Majlis angkat sumpah kabinet S'wak dianggap luar biasa
Majlis mengangkat sumpah semalam dilihat "sebagai agak luar biasa" kerana tiada pengumuman pelantikan barisan anggota Kabinet oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sebelum mereka mengangkat sumpah.
Majlis mengangkat sumpah semalam dilihat "sebagai agak luar biasa" kerana tiada pengumuman pelantikan barisan anggota Kabinet oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sebelum mereka mengangkat sumpah.
D
an bekas Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli Datuk Seri Adenan Satem tidak berada dalam senarai 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengangkat sumpah jawatan menteri dan menterri muda semalam.
Menurut pemerhati politik, berbeza dengan senario selepas pilihanraya negeri 2001, Taib mengumumkan barisan Kabinet negeri dua minggu selepas pilihanraya diadakan.
Menurut laporan Bernama, majlis mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin itu berlangsung di Astana Negeri.
Adenan juga tidak kelihatan di majlis berkenaan meskipun jemputan untuk menghadiri majlis itu diedarkan kepada semua Adun, ketua jabatan dan kenamaan lain.
Wartawan dan jurugambar yang tiba awal di Dewan Santapan Astana Negeri juga tertunggu-tunggu kehadiran Adenan dan mencari-carinya sebagai satu daripada berita utama khususnya jika beliau dilantik dan mengangkat sumpah hari ini.
Angkat sumpah
Kali ini, Taib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri buat penggal ketujuh sehari selepas pilihanraya diadakan manakala anggota Kabinet lain mengangkat sumpah jawatan semalam.
Sebelum pilihanraya Sabtu lalu, spekulasi bertiup kencang bahawa Adenan, yang digugurkan daripada Kabinet Persekutuan dalam rombakan pada 14 Februari lalu, akan dilantik menyertai barisan Kabinet Negeri.
Semasa mengumumkan rombakan Kabinet Persekutuan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Adenan memohon untuk digugurkan daripada jawatan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli bagi membolehkan beliau kembali ke Sarawak dan mendampingi rakyat.
Taib dalam wawancara di televisyen pada 23 Mac lalu berkata beliau akan mencari jalan terbaik untuk membawa Adenan Naib Presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu kembali ke arena politik tempatan selepas berkhidmat di peringkat persekutuan selama hampir dua tahun.
Sebelum ini, Taib juga pernah menyebut bahawa Adenan, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, merupakan antara tiga tokoh, selain Menteri Perumahan Datuk Seri Abang Johari Tun Openg dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Effendi Norwawi, yang dilihat boleh menggantikannya sebagai Ketua Menteri Sarawak.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.