Kerajaan Myanmar lanjutkan tahanan ke atas Suu Kyi
Kerajaan junta tentera Myanmar telah melanjutkan lagi tempoh tahanan di rumah ke atas pemimpin pro-demokrasi Aung San Suu Yin.
Kerajaan junta tentera Myanmar telah melanjutkan lagi tempoh tahanan di rumah ke atas pemimpin pro-demokrasi Aung San Suu Yin.
Bagaimanpun, sumber Kementerian Dalam Negeri Myanmar tidak pasti sama ada tahanan itu dilanjutkan selama enam bulan atau setahun.
Reuter melaporkan, kawalan keselamatan di luar kawasan rumah Suu Kyi telah dipertingkatkan, dengan menempatkan anggota polis yang lengkap bersenjata serta mengadakan sekatan jalanraya.
Selepas Suu Kyi dibenarkan bertemu seorang pegawai kanan Bangsa-bangsa Bersatu Semingu lalu, para penyokongnya dari Parti Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) berharap pemimpin mereka itu akan dibebaskan.
Di samping itu, Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan juga telah merayu kepada pemimpin kerajaan junta Myanmar, Than Shwe Jumaat lalu supaya membebaskan Suu Kyi apabila tempoh tahanan di rumah enam bulan ke atasnya tamat hujung minggu ini.
Tahanan terbaru
"Saya mengambil peluang ini untuk merayu kepada Jeneral Than Shwe dan kerajaan Myanmar supaya membebaskan beliau," kata Annan dalams satu kenyataaan, sambil menambah, beliau berharap Jeneral Than Shwe akan mengambil langkah yang betul.
Suu Kyi, 60, telah menghabiskan lebih 10 tahun sejak 16 tahun lalu dalam penjara atau dikenakan tahanan di rumah.
Tahanan terbarunya ialah pada 30 Mei 2003 "demi keselamatan dirinya" selepas berlakunya pergaduhan antara penyokongnya dan penyokong kerajaan.
Hari ini merupakan ulangtahun kekalahan kerajaan junta kepada NLD, dalam pilihanraya umum pada 1990. NLD memenangi 392 daripada 485 kerusi Parlimen tetapi dihalang menubuhkan kerajaan oleh pasukan tentera.
Myanmar berada di bawah pemerintahan tentera selepas menggulingkan kerajaan pada tahun 1962.
Pembebasan tanpa syarat?
Sementara itu, sumber-sumber yang rapat dengan pihak tentera dan seorang penganalisa memberitahu AFP, pihak junta mungkin telah mengadakan perundingan untuk mengurangkan sekatan terhadap Suu Kyi.
"Saya rasa mereka mahu beliau menerima pembebasan bersyarat tetapi Suu Kyi telah menolaknya," kata satu sumber yang rapat dengan pihak tentera.
Manakala Win Min, seorang penganalisa politik berkata, pihak junta mungkin telah melonggarkan sekatan terhadap Suu Kyi apabila membenarkan beliau menemui wakil PBB, Ibrahim Gambari seminggu lalu.
"Lawatan Gambara itu bertujuan untuk mengurangkan tekanan masyarakat antarabangsa, itu sahaja," katanya sambil menambah, yang terbaik yang dapat ditawarkan oleh pihak junta, ialah membenarkan wakil PBB lebih kerap menemui Suu Kyi.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.