Syed Mokhtar orang Melayu terkaya di Msia
Tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, 54, merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia dengan memiliki aset sebanyak RM3.67 bilion.
Tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, 54, merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia dengan memiliki aset sebanyak RM3.67 bilion.
Secara keseluruhannya, jutawan dari Kedah itu menduduk tempat kesembilan daripada 40 orang terkaya di Malaysia.
Syed Mokhtar bermula dengan perniagaan beras dan kini menguasai Malaysia Mining Corporation (MMC), Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Lapangan Terbang Senai dan terbabit dengan pembuatan alatganti dan jualan buku.
Sementara tokoh pembankan Tan Sri Azman Hashim, 66, dari AM Bank, pula merupakan orang Melayu kedua terkaya dengan aset bernilai RM1.49 bilion dan ke-11 di Malaysia.
Syed Mokhtar dan Azman merupakan dua orang usahawan Melayu yang termasuk dalam kategori mereka yang memiliki aset melebihi RM1 bilion.
Pengarah Eksekutif AirAsia pula, Kamarudin Meranun, 45, menduduki tempat ketiga dengan aset berjumlah RM605.6 juta, manakala usahawan Tan Sri Hamdan Mohamad, 50, yang memiliki aset sebanyak RM513.9 juta di tangga keempat.
Rating tersebut diumumkan oleh majalah Forbes Asia yang dilaporkan dalam akhbar New Straits Times semalam.
Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, 57 (foto - kanan), pemilik MK Land mempunyai harta sebanyak RM440.4 juta, pemilik syarikat pembalakan Ta Ann iaitu Datuk Abdul Hamed Sepawi, 55, (RM440 juta), Ahmayuddin Ahmad, 50, dari Westport (RM422.1 juta), Datuk Syed Mohd Yusof Syed Nasir, 59, dari Killinghall (RM403.7), Tan Sri Rozali Ismail, 50 (foto - kiri) dari Puncak Niaga (RM293.6 juta) dan abangnya Shaari Ismail, 63, dari Puncak Niaga (RM256.9 juta).
Raja gula paling kaya
Raja gula, Tan Sri Robert Kuok, 83, yang mengetuai Kumpulan Kuok, menjadi orang terkaya di negara ini dengan aset sebanyak RM20.55 bilion.
Tempat kedua ialah Tan Sri Ananda Krishnan, 68, dengan harta sebanyak RM16.88 bilion. Beliau mengendalikan perniagaan rangkaian komunikasi Maxis, Tanjong Plc dan syarikat perjudian.
Ini diikuti oleh tokoh perbankan (Public Bank), Tan Sri The Hong Piow, 76, (RM7.71 bilion), pemilik IOI Tan Sri Shin Cheng, 67, (RM7.52 bilion), Tan Sri Quek Leng Chan,65, dari Hong Leong Group (RM7.34 bilion), Tan Sri Lim Goh Tong,88, dari Kumpulan Genting Berhad (5.51 bilion), Tan Sri Yeoh Tiong Lay,76 dari (YTL Corporation (RM4.01 bilion).
Yang lainnya ialah Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group) (RM3.85 bilion), Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group (RM1.61 bilion), Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group (RM1.30 bilion), Tan Sri Kua Sian Kooi dari AM Group) (RM1.05 bilion) dan Datuk Lim Wee Chai dari Top Glove (RM770 juta).
Turut disenaraikan ialah tokoh AirAsia, Datuk Anthony Fernandez, 42, (RM752 juta), pemilik Kumpulan Petra Datuk Vinod Sekhar (RM734 juta), Tan Sri G Gnanalingam dari Westport (RM623.9 juta) Puan Sri Chong Chook Yew dari Selangor Property (RM532.2 juta), Datuk Tiah Thee Kian, Tan Sri Jeffrey Cheah dari Kumpulan Sunway (RM458.8 juta), tiga beradik Datuk Lee Hau Hian, Datuk Lee Oi Hian dan Datuk Lee Soon Hian selaku pemilik Batu Kawan dan Kuala Lumpur Kepong dan Crabtree & Evelyn (masing-masing memilik harta bernilai RM367 juta).
Ini diikuti oleh Datuk Tiah Thee Kian dari TA Enterprise (RM348.7 juta), Tan Sri Tan Teong Hean dari Southern Bank Berhad (RM348.7 juta), Datuk Lim Thian Kiat dari Multi-Purpose Holding (RM348.7 juga), Datuk Yaw Teck Seng dari Kumpulan Samling (RM330.3 juta), Datuk Lim Tong Yong dari Kumpulan Pantai (RM311.9 juta), John Chia dari Unisem (RM293.6 juta).
Yang lainnya ialah Ong Leong Huat dari Kumpulan OSK (RM275.3 juta), Datuk Seri Lau Cho Kun dari Malaysian Mosaic (RM275.3 juta), Tan Sri William Cheng dari Kumpulan Lion (RM256.9 juta) dan Datuk Kasi K.L Palaniappan dari MK Land (RM238.6 juta).
End


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.