Bekalan keperluan asas dan makanan di negeri ini terus mencukupi sejak Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Covid-19 dikuat kuasakan kerajaan sejak 18 Mac.

Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menerusi kenyataan menyatakan ia hasil pemeriksaan ke atas 941 premis perniagaan di seluruh Johor sejak 18 Mac hingga 22 Mac lepas meliputi pasar raya, pasar awam, kedai runcit, pemborong serta pengilang.

Hasil pemeriksaan turut mendapati tiada sebarang kenaikan harga dilaporkan berlaku, tambah kenyataan itu.


-Bernama