Subra: Luahkan perasaan tidak puashati melalui peti undi
Terjemahan Para perwakilan MIC dingatkan bahawa tempat terbaik untuk meluahkan rasa tidak puashati mereka ialah melalui peti undi ketika pemilihan barisan pucuk pimpinan parti itu bulan depan.
Terjemahan Para perwakilan MIC dingatkan bahawa tempat terbaik untuk meluahkan rasa tidak puashati mereka ialah melalui peti undi ketika pemilihan barisan pucuk pimpinan parti itu bulan depan.
Timbalan Presiden MIC, Datuk S Subramaniam berkata demikian ketika ditanya mengenai kempennya untuk mengekalkan jawatannya dalam pemilihan MIC pada 24 Jun ini.
"Sesetengah perwakilan yang ditemui menyatakan yang mereka tidak mahu bising (mengenai rasa tidak puashati mereka). Saya menghormatinya.
"Tetapi (mereka mesti ingat) bahawa tempat terbaik untuk meluahkan (rasa hati mereka) ialah melalui peti undi," katanya dalam sidang akhir selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Nesa Corporation hari ini.
Kempen berjalan lancar
Subramaniam berkata, kempennya kini berjalan lancar selepas pemilihan parti peringkat bahagian Mac lalu.
Beliau akan berdepan dengan Datuk G Palanivel calon pilihan Presiden MIC Datuk Samy Vellu. Palanivel kini berupakan Naib Presiden MIC.
Samy Vellu menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden. Manakala pencalonan bagi jawatan parti yang lain, temasuk timbalan presiden ialah pada 4 Jun depan. Bagaimanapun, Palanivel, belum lagi mengumumkan kesediaannya untuk bertanding bagi kerusi tersebut.
Sementara itu, Subramaniam enggan mengulas ketika ditanya mengapa Nesa Nesa Corporation lebih berjaya berbanding dengan syarikat pelaburan MIC yang lain seperti Maika Holdings.
"Anda boleh bertanya soalan lain. Saya hanya terbabit dengan Nesa," kata Subramaniam yang menjadi Presiden Nesa Corporation sejak 26 tahun lalu.
Nesa Corporation, merupakan syarikat pelaburan MIC, yang ditubuhkan pada 1974 bagi membantu meningkatkan status ekonomi masyarakat India di negara ini. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.