Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

ULASAN | Jika kredibiliti Trump tidak begitu rendah, pengumuman oleh FDA mengenai kelulusan hydroxy-chloroquine untuk merawat Covid-19 mungkin akan memberi sedikit harapan dan kelegaan dalam menghadapi penyebaran wabak yang membawa maut pada hari ini.

Bagaimanapun, pengumuman itu juga menyatakan bahawa rawatan, vaksinasi dan penyembuhan boleh menjadi kenyataan. 

Kita akan tempuhi seksaan yang luar biasa ini, walaupun kita tidak dapat menjangkakan kesan yang akan ditinggalkan dan bila ia akan berakhir.

Covid-19 bukannya wabak pertama yang dijangkiti manusia, dan ia juga bukan yang terakhir. Kita masih lagi berada di situasi yang sukar. Semasa rencana ini ditulis, angkatan tentera negara telah digerakkan di seluruh negara dan menguatkuasa perintah kawalan pergerakan (MCO) dengan ketat.

Walaupun pelbagai kesulitan dihadapi ketika menjalankan MCO ini, termasuk kejatuhan ekonomi tempatan, jelas langkah terbaik untuk menyekat virus ini daripada terus menular adalah dengan membuat penutupan secara menyeluruh, diikuti dengan pemantauan berterusan.

Bertentangan dengan tidak melakukan apa-apa atau melakukan tindakan dengan sambil lewa, hampir setiap negara yang terjejas dengan jangkitan ini telah memilih untuk membuat penutupan secara menyeluruh dengan harapan virus ini akan berhenti tersebar, diikuti (mengharapkan) dengan penurunan yang mendadak.

Pelaksanaan strategi ketat yang dilakukan oleh China ini membuktikan ia berhasil, dengan laporan baru-baru ini bahawa tiada kes baru mengenai Covid-19 di China.

Jika ia benar-benar berkesan, sudah tentu kita mempunyai alasan yang kuat untuk melakukan pendekatan yang sama.

Malangnya, kesan pandemik terhadap ekonomi tidak mempunyai ramalan yang begitu jelas. Hanya beberapa kumpulan sahaja yang boleh bertahan, selebihnya, golongan yang berada paling bawah di tangga ekonomi - seperti biasa - paling buruk terjejas.

Ramai dalam kalangan industri perkhidmatan dan runcit kehilangan pekerjaan mereka. Para Perusaha Kecil dan Sederhana (PKS) akan menilai semula simpanan mereka. 

Bahkan mereka yang mempunyai perniagaan yang besar (big businesses) akan menghampiri ketidakmampuan (insolvency) - walaupun mereka ini mempunyai kedudukan terhadap sebarang subsidi dan pemberian awam.

Namun, semua ini tidak mendatangkan masalah bagi mereka yang sudah jutawan. Yayasan amal daripada keluarga terkaya di dunia, memberi sumbangan 20 peratus (blok terbesar) daripada jumlah derma kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan Bill Gates sebagai penderma tunggal terbesar.

Warren Buffet

Namun, adakah anda tahu bahawa tiga pemegang utama yayasan amal miliknya adalah Berkshire Hathaway Warren Buffet, gergasi makanan segera Coca Cola dan McDonalds (juga merupakan pemegang utama Warren Buffet).

Syarikat pemprosesan makanan yang lainnya dan gergasi farmaseutikal global juga terdapat dalam senarai di atas, jadi sama ada Bill Gates dan Warren Buffett cuba mempromosi kesihatan global atau menentangnya, mungkin kedua-duanya.

Apa yang ingin disampaikan adalah ketika golongan di bawah ini cuba dipertahankan, jutawan ini juga, pada masa yang sama, cuba berada di kedudukan yang terbaik untuk mendapat manfaat daripada perubahan ekonomi yang disebabkan oleh Covid-19.

Ditambah pula dengan kedatangan transformasi digital yang dibawa oleh teknologi Revolusi Perindustrian ke-empat (4IR) seperti AI, IoT, FinTech, Robotik, dan yang lainnya, maka akan mula kelihatan dengan jelas bahawa pekerjaan dan gaji pada masa sekarang tidak akan lagi relevan.

Apabila penutupan yang dilakukan ini dibuka semula, kita mungkin akan kehilangan arah. Dan dengan belas kasihan daripada Tuhan kita memohon perlindungan.

Satu tindakan serta-merta perlu dilakukan. Sinar harapan pasti ada daripada pandemik ini, namun kita harus memastikan ia membawa kepada masa depan yang lebih cerah.

Apabila krisis Covid-19 ini berakhir, mungkin satu peratus daripada virus ini akan tinggal bersama kita, tetap ia telah menjejaskan 100 peratus ekonomi kita.

Salah satu kesan daripada pandemik ini kemungkinan bahawa teknologi akan menguasai tamadun dunia. 4IR akan tetap datang namun Covid-19 akan menyebabkan kedatangan teknologi ini semakin cepat untuk menjadi realiti.

Langkah penting perlu diambil dalam merancang kedudukan 4IR dengan penglibatan masyarakat dan bukan menggantikannya. 

Ironinya, negara kecil yang sedang membangun seperti Malaysia mempunyai fleksibiliti untuk mengatasi kuasa-kuasa besar di dunia, di mana mereka ini banyak menumpukan terhadap obsesi mereka dalam memelihara sistem warisan mereka yang kini menguasai pasaran global.

Kita sama ada memperkasa teknologi baru ini, termasuk sistem operasi yang digunakan oleh kerajaan, akibat daripada pandemik ini, atau terus ketinggalan zaman.

Pilihan di tangan kita, gunakannya sebaik mungkin.


DR RAIS HUSSIN ialah presiden/CEO, EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar yang strategik.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS