Covid-19: Lebih 372,000 kes, 16,000 kematian di seluruh dunia - WHO
Diterbitkan: Mar 25, 2020 12:04 PM
GLOBAL l Jumlah orang yang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 372,000 dan lebih 16,000 nyawa terkorban, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
WHO dalam laporan hariannya mengatakan jumlah kes mencecah 372,757, kebanyakan dicatatkan di Eropah - lebih 195,000 kes.
Jumlah kematian di peringkat global pula sebanyak 16,231 orang, menyaksikan lebih 10,000 kematian di rantau Eropah.
Kes dan kematian paling sedikit dicatatkan di Afrika: 1,305 jangkitan dan 26 kematian, lapor agensi berita Sputnik.
Sejak 24 jam lalu, kes jangkitan pertama dilaporkan di Myanmar, Belize, Dominica dan Libya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.