Buku dedah motif MCA ambil alih Nanyang
Terjemahan Bagi meraikan ulangtahun kelima MCA mengambil alih Nanyang Press Holding penerbit akhbar harian utama berbahasa Cina Nanyang Siang Pau dan China Press bekas pengarah eksekutif syarikat berkenaan telah menerbitkan sebuah buku yang mendedahkan motif politik dalam urusniaga kontroversi tersebut.
Terjemahan Bagi meraikan ulangtahun kelima MCA mengambil alih Nanyang Press Holding penerbit akhbar harian utama berbahasa Cina Nanyang Siang Pau dan China Press bekas pengarah eksekutif syarikat berkenaan telah menerbitkan sebuah buku yang mendedahkan motif politik dalam urusniaga kontroversi tersebut.
Buku bertajuk '528 [May 28] Nanyang Bustle - An Eyewitness Account' itu ditulis oleh bekas Pengarah Eksekutif Nanyang, Kou Yok Ling, yang merupakan seorang pengamal media veteran sejak tiga dekad lalu.
Di majlis pelancaran buku tersebut pada malam Khamis lalu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kou mendakwa memperolehi satu laporan yang mengandungi butiran terperinci mengenai strategi MCA, yang dikemukakan kepada pemimpin parti itu sewaktu mesyuarat jawatankuasa pusat, sejurus sebelum pengambilalihan tersebut.
Mengikut laporan tersebut, MCA telah mengenalpasti seorang rakan kongsi rahsia strategik untuk membantu mengendalikan pengurusan Nanyang Press Holding.
Rakan strategik ini akhirnya memegang kira-kira 45 peratus saham Nanyang, katanya.
Di majlis tersebut yang dihadiri oleh kira-kira 300 orang, Kou juga memperdengarkan rakaman mesyuarat jawatankuasa pusat MCA di mana para pemimpin parti itu bersetuju dengan cadangan pengambilalihan tersebut kerana syarikat (Nanyang) dianggap sebagai 'budak nakal'.
Nanyang 'anti-kerajaan'
Buku setebal 300 muka surat itu menceritakan mengenai 'perselisihan' antara pemimpin MCA ketika itu, dengan para editor dua akhbar harian tersebut berhubung laporan beberapa isu yang 'mengaibkan' seperti penyelewengan Tabung Pendidikan Chang Ming Tian anjuran MCA dan mengenai puak-puak antara bekas Presiden Tun Ling Liong Sik dan Timbalannya, Datuk Lim Ah Lek.
Pada pandangan Kao, kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Lunas di Kedah pada 2001, menyebabkan pemimpin MCA 'hilang sabar' kerana kedua-dua akhbar tersebut telah memainkan isu mengenai ugutan Pemuda Umno terhadap jawatankuasa rayuan pilihanraya, Suqiu.
MCA mendakwa, isu-isu yang dimainkan oleh kedua akhbar berkenaan telah mengakibatkan pengundi Cina menolak calon kerajaan, dan sekaligus memberi kemenangan mudah kepada calon pembangkang.
Selain itu, Kou mendakwa, beberapa menteri MCA telah menasihat dan memaklumkan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kedua-dua akhbar berkenaan "anti-kerajaan".
Menurut Kou lagi, pemilik Nanyang Quek Leng Chan kemudian dipanggil menemui pemimpin 'utama' kerajaan, dipercayai Dr Mahathir sendiri, yang mengarahkan jutawan itu supaya menjual sahamnya kepada MCA di bawah harga pasaran.
Rakan kongsi strategik
Tetapi siapakan rakan rahsia strategik MCA itu?
Dengan membuat analisa terhadap struktur pemilikan saham Nanyang, Kou percaya, MCA kini menguasai kira-kira 41 peratus melalui syarikat pelaburannya, Huaran Holdings.
Manakala, jutawan balak Sarawak, Datuk Tiong Hiew King pemilik akhbar pesaing Sin Chew Daily dan Guangming Daily memilik pegangan kira-kira 23 peratus saham.
Empat lagi syarikat yang tidak dikenali, yang didaftar di luar negeri, menguasai baki 22 peratus saham lagi.
Buku tulisan itu Kou 'mengenalpasti' Tiong sebagai rakan rahsia strategik MCA itu.
Berdasarkan kepada artikel terbaru Tiong yang disiarkan dalam akhbar miliknya, Sin Chew Daily pada 1 Mei lalu, Kou yakin Tiong telah menjalinkan 'pakatan' dengan MCA, sebelum pengambilalihan tersebut satu dakwaan yang telah dinafikan oleh akhbar berkenaan.
Hasil pakatan antara Tiong dan MCA itu, menyaksikan empat akhbar utama berbahasa Cina, telah dikuasai oleh pemilik yang sama.
Kou bagaimanapun, menafikan dakwaan bahawa beliau menerbitkan buku tersebut kerana mahu membalas dendam terhadap bekas syarikatnya. Beliau menegaskan, tujuannya ialah untuk mendedahkan kebenaran di sebalik urusniaga kontroversi itu. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.