BERITA

80 kakitangan KKM positif Covid-19

Bernama

Diterbitkan

Seramai 80 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata siasatan mendapati punca jangkitan yang dialami kesemua anggota kesihatan itu bukan daripada pengendalian kes positif COVID-19 di kemudahan kesihatan KKM.

"Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan dinasihati supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti disarankan terutamanya memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarakan sosial dan memakai alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan," katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam, Dr Noor Hisham memberitahu sidang media harian mengenai COVID-19 bahawa punca jangkitan sebahagian besar anggota KKM adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang turut dihadiri mereka yang menyertai perhimpunan tabligh.

Punca lain adalah daripada kunjungan ke luar negara dan kontak ahli keluarga yang positif COVID-19.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.