Seorang pakar imunologi mencadangkan agar petugas barisan hadapan terutamanya yang berkhidmat dalam penjagaan kesihatan perlu membuat ujian saringan Covid-19 setiap lima hingga tujuh hari.

Menurut pakar imunologi Profesor Dr Shamala Devi KC Sekaran ini penting kerana petugas barisan hadapan menghadapi kes-kes berhubung koronavirus setiap hari.

"Barisan hadapan dan petugas kesihatan menghadapinya (kes koronavirus) setiap hari. Jadi, mungkin kamu berjangkit sedikit.

"Kalau kamu negatif. Tolong buat ujian saringan semula setiap lima hingga tujuh hari," katanya ketika mengambil bahagian sebagai panel dalam forum dalam talian bertajuk Penyesuaian Terhadap Cabaran Covid-19 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menteri Khairy Jamaluddin, yang juga tampil sebagai moderator forum, meminta pandangan pakar berkenaan berhubung individu yang didapati negatif dalam ujian saringan Covid-19.

"Kebanyakan masa orang kata saya diuji negatif. Jadi, saya bersih.

"Tidak. Sekiranya, kamu berada dalam kontak dekat, kawasan berdekatan (titik panas), kamu perlu pastikan membuat ujian saringan bagi kali kedua dalam masa lima hingga tujuh hari daripada tempoh ujian yang pertama," katanya.

Menjawab soalan lain, Dr Shamala berkata Covid-19 bahawa tidak kenal usia.

"Ini adalah adalah virus novel. Kamu tidak lihat sebelum ini.

"Jadi, semuanya akan boleh dijangkiti. Tak kira kamu muda atau tua," katanya ketika membalas soalan Khairy apakah Covid-19 hanya akan merebak kepada orang yang berusia sahaja.

Bagaimanapun, Dr Shamala menjelaskan bahawa kemungkinan akan ada perbezaan dari segi pemulihan di mana orang muda yang mempunyai imunisasi yang lebih baik berbanding orang tua yang menghidapi penyakit kronik.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan ubat-ubat yang diperkenalkan di media sosial yang didakwa boleh mengubati Covid-19.

"Kita nampak banyak ubat atau produk herbal di luar sana. Orang kata ia bagus. Tapi, tidak ada bukti saintifik yang menujukkan produk-produk ini boleh membunuh virus ini," katanya sambil bersetuju bahawa produk-produk ini perlu ada percubaan klinikal sebelum digunakan bagi Covid-19.