PM: tentang trend bertindak di luar lingkungan PBB
Malaysia, selaku Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) menegaskan perlunya ditentang kecendungan sesetengah pihak untuk mengambil tindakan di luar lingkungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila mereka gagal mendapat kebenaran Majlis Keselamatan PBB.
Malaysia, selaku Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) menegaskan perlunya ditentang kecendungan sesetengah pihak untuk mengambil tindakan di luar lingkungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila mereka gagal mendapat kebenaran Majlis Keselamatan PBB.
"Kini wujud kecenderungan untuk mengambil tindakan satu pihak dalam hubungan antarabangsa. Kita melihat kecenderungan mengambil tindakan di luar lingkungan PBB ini, berlaku apabila kebenaran Majlis Keselamatan gagal didapatkan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Trend ini, jika dibiar berterusan, akan melemahkan kuasa majlis itu dan menyebabkan ia menjadi tidak relevan seperti mana dengan keanggotaan PBB yang lain.
"Oleh itu adalah penting bagi kita menentang trend sedemikian dan mempertahankan prinsip yang terkandung di dalam Piagam PBB," katanya ketika merasmikan Menyuarat Menteri-menteri Biro Penyelarasan NAM (NAM-CoB), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Menurut laporan Bernama, Malaysia yang mengambil alih jawatan pengerusi NAM pada 2003 daripada Afrika Selatan, akan menyerahkan tanggungjawab kepada Cuba September depan.
Di samping itu, kata Abdullah, keganasan antarabangsa semakin berleluasa akibat daripada banyak tindakan kuasa besar melanggar undang-undang antarabangsa dan norma pelakuan yang beradal, dalam kempen memerangi keganasan.
"Malangnya daripada membanteras punca perkara ini, tindakan beberapa kuasa besar telah menyebbakan berlaku pengasingan dalam kalangan segmen penting masyarakat antarabangsa," katanya.
Abdullah berkata, kesan daripada kempen yang tidak menyeluruh, telah menyebabkan pihak musuh sukar dikesan, tidak luntur tindakannya dan terus menggugat keamanan dan ketenteraman dunia.
Sikap memilih
"Saya sering menegaskan bahawa tindakan ketenteraan sahaja tidak akan mencukupi untuk menewaskan keganasan. Keganasan tidak patut ditangani dengan sewenang-wenangnya, bersikap memilih dan angkuh sebaliknya patut dilakukan secara menyeluruh," katanya.
Dalam memerangi keganasan, katanya, semua aspek masalah, termasuk isu kritikal, iaitu punca perkara itu, mestilah ditangani dan dilakukan dalam kerangka undang-undang antarabangsa tanpa sikap memilih dan berat sebelah.
Pada masa yang sama, tegasnya, NAM perlu berubah untuk disesuaikan dengan dunia baru tanpa perlu mengetepikan prinsip asas pergerakan itu dan NAM tidak boleh kekal statik atau reaktif, sebaliknya harus dinamik dan bergerak mengikut peredaran masa.
"Kita hidup dalam zaman berlakunya ketidaktentuan dan perubahan. Konsep dan doktrin baru telah diterima oleh kita, antara lain termasuk penerimaan terhadap campurtangan kemanusiaan, tanggungjawab untuk melindungi dan tindakan awal melancarkan perang.
"Kesemua ini memberikan cabaran terhadap konsep yang diterima secara tradisi dan universal yang termaktub di dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Kita patut menentang dengan keras sebarang cubaan menghakisnya," kata Abdullah.
Beliau berkata NAM harus menegaskan peranan dan menggunakan pengaruh keanggotaannya yang besar untuk mencorakkan semula sistem antarabangsa yang terbaik dalam melindungi, memelihara dan menggalakkan kepentingan bersama dalam rangka asas multilateralisme.
Sambil memuji pergerakan 114 anggota itu yang secara umumnya bersatu dalam prinsip pelbagai perkara penting mengenai NAM, beliau berkata pergerakan itu adakalanya tidak dapat menggunakan sebaik mungkin kekuatan angka anggotanya yang besar bagi manfaat pergerakan itu.
"Kita sepatutnya dapat memberikan impak yang lebih baik terhadap pembaharuan dan penstrukturan semula PBB, hasil daripada Sidang Kemuncak Millenium 2005 dan terhadap Deklarasi Millenium, tetapi sumbangan kita tidak seberapa berbanding apa yang kita boleh lakukan," kata Abdullah.
Beliau juga berkata untuk memaksimumkan potensi bersama mereka, NAM dan Kumpulan 77 negara serta China patut memupuk kerjasama dan penyelarasan lebih erat melalui penggunaan sumber bersama dan mengadakan program serta strategi bersama apabila perlu.
Mesti prihatin
Bagi tujuan ini, katanya, mekanisme jawatankuasa penyelaras NAM haruslah lebih banyak digunakan kerana pergerakan itu tidak mampu untuk terus berfungsi secara berasingan untuk menjadikannya efektif.
Perdana Menteri berkata dalam melibatkan blok Utara, NAM harus memastikan bahawa negara membangun tidak terus dipinggirkan.
"Keprihatinan dan suara kita mengenai isu yang penting bagi kita, hendaklah dibangkitkan dan diperdengarkan kepada pertubuhan yang kaya dan berkuasa seperti G-8," tegas beliau.
Abdullah turut menekankan terhadap keperluan anggota NAM untuk meningkatkan perdagangan dalam konteks Kerjasama Selatan-Selatan serta mewujudkan sinergi dengan rakan-rakan di Utara.
Perdagangan, katanya, patut digunakan sebagai kaedah bagi negara membangun melepaskan diri daripada peminggiran dan memasuki arus perdana sistem perdagangan antarabangsa,
"Peningkatan perdagangan Selatan-Selatan bukannya merupakan cita-cita yang tinggi melangit tetapi merupakan objektif yang boleh dicapai, jika kita menggusahakannya," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.