Malaysiakini
BERITA

Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Diterbitkan
Dikemaskini 27 Mac 2020, 8:58 pagi

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion. Berikut ringkasan agihan pakej berkenaan:

- Pemberian RM1,600 secara one-off kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

- Pemberian RM1,000 secara one-off kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000.

- Pemberian RM800 secara one-off kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

-Pemberian RM500 secara one-off kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000.

- Bantuan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020.

- Bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off epada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.

- Bantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara kerajaan juga pada bulan April 2020.

- Internet percuma kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.

- Bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta.

- Elaun khas petugas perubatan dinaikkan daripada RM400 sebulan kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak Covid-19 berakhir.

- Memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota Rela yang terlibat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

- RM1 bilion peruntukan tambahan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi Covid-19.

- Memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi Projek Perumahan Rakyat kepada enam bulan. Penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi unit sewa untuk milik dan Perumahan Awam.

- Pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik kerajaan persekutuan.

- Industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan bagi pemegang polisi dan sijil yang diarah menjalani ujian.

- Syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak Covid-19

- KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.

- Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020.

- Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020.

- Bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya, gelandangan dan Orang Asal dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

- Penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh enam bukan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mulai 1 April hingga 30 Sept.

- Meluaskan manfaat MySalam yang memberikan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).

- Membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.

- Menambah peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat antara 15 peratus hingga 50 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.

- Memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan.

- Memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.

- Peruntukan sebanyak RM64.4 juta bagi menyediakan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.

- Peruntukan sebanyak RM5.9 bilion bagi menyediakan subsidi upah gaji sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja yang berpendapatan bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak 1 Jan 2020.

- Membayar gaji pekerja yang terlibat dengan kontrak perkhidmatan yang ditanggung oleh kontraktor yang terlibat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan melibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta.

- Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion. Kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75% kepada 3.5%.

- Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.

- Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah.

- PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.

- Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

- Langkah moratorium berkaitan bayaran kepada perbankan akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.