Majlis Aids bantu kjaan tangani isu homoseksual
Terjemahan Majlis Aids Malaysia telah meningkatkan usaha-usaha untuk membantu kerajaan menangani isu-isu yang berkaitan dengan penyebaran virus HIV yang boleh membawa maut, di kalangan golongan homoseksual.
Terjemahan Majlis Aids Malaysia telah meningkatkan usaha-usaha untuk membantu kerajaan menangani isu-isu yang berkaitan dengan penyebaran virus HIV yang boleh membawa maut, di kalangan golongan homoseksual.
"Ada isu-isu tertentu yang sukar untuk ditangani secara langsung oleh kerajaan, seperti homokseksual, yang menjadi isu pokok (bila mengendalikan usaha pencegahan Aids)," kata Presiden majlis tersebut, Dr Adeeba Kamarulzaman dalam satu sidang akhbar.
Beliau menegaskan demikian ketika diminta menjelaskan dengan lebih lanjut lagi ucapan beliau di majlis perasmian mesyuarat dwitahunan Majlis Aids Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.
Dalam ucapannya, Dr Adeeba berkata, salah satu fokus utama majlis itu ialah menangani jurang antara kerajaan dan orang awam dalam isu-isu yang berkaitan dengan Aids.
Menurutnya, majlis tersebut menerima RM4 juta daripada Kementerian Kesihatan selain daripada usaha-usaha majlis itu sendiri untuk menambah dananya.
Jumlah tersebut, bagaimanapun, masih tidak mencukupi untuk membiayai rumah-rumah perlindungan manakala kos rawatan semakin meningkat berikutan bertambahnya penghidap baru.
Penaung baru
Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang mengumumkan beliau menerima pencalonan menjadi penaung majlis tersebut.
Dalam ucapannya, Rosmah menegaskan bahawa usaha memerangi Aids bermula dengan mendidik para belia mengenai penyakit tersebut.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Dr Adeeba berkata, kempen ke arah mengubah tabiat di kalangan belia bagi meningkatkan kesedaran mereka mengenai Aids merupakan antara agenda utama majlis tersebut.
Menurut statistik majlis tersebut, terdapat 6,120 kes jangkitan HIV tahun lalu, dengan kira-kira 5,420 daripada mangsanya adalah lelaki.
Dianggarkan Malaysia mencatatkan 19 kes baru HIV setiap hari dan 300,000 dijangka dijangkitinya menjelang tahun 2015. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.