Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Maeps dirancang jadi tempat untuk pesakit Covid-19

Persiapan sedang dibuat untuk menjadikan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) sebagai tempat untuk pesakit yang menunjukkan gejala Covid-19.

Bagaimanapun ia masih menunggu pengesahan daripada Kementerian Kesihatan.

Menurut gambar yang disebarkan di internet, sebanyak 400 katil dijangka disediakan di kemudahan itu. Maeps yang terletak di Selangor merupakan taman agro terbesar di Asia.

Sumber yang tahu akan perkara itu memberitau Malaysiakini, bahawa Maeps kini disediakan untuk mengelakkan pesakit yang masih menunggu keputusan ujian, daripada terdedah kepada pesakit yang sudah disahkan positif dan menjalani rawatan di hospital.

Difahamkan pesakit yang ditempatkan di situ yang kemudiannya disahkan positif akan dipindahkan ke hospital untuk menjalani rawatan.

Ketika dihubungi, seorang pegawai kepada ketua pegawai operasi (COO) Maeps berkata mereka tidak boleh mengeluarkan apa-apa maklumat, tetapi mengatakan pengumuman mungkin akan dibuat hari ini.

Terdahulu, kerajaan mewartakan 409 lokasi sebagai pusat kuarantin bagi menghadapi pandemik Covid-19.

Antara premis milik kerajaan yang tersenarai adalah Institut Pertanian Serdang - sebuah kemudahan penyelidikan yang terletak kira-kira empat kilometer dari Maeps.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dijangka menjelaskan maklumat lanjut berkenaan perkara itu dalam sidang media nanti.

Pada Rabu lalu, beliau berkata Kementerian Kesihatan telah menyediakan 5,292 katil, termasuk 1,892 buah di kemudahan di institut kesihatan.

Katanya, kemudahan institut kesihatan boleh digunakan untuk menempatkan pesakit yang positif tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala, atau memiliki gejala ringan.

Langkah itu akan menambahkan bilangan katil di hospital untuk kes-kes yang lebih serius, katanya.

Setakat tengah hari semalam, Malaysia mencatatkan 2,161 kes Covid-19 dengan 26 kematian.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS