MAS masih rugi dalam suku pertama tahun ini
Terjemahan Penerbangan Malaysia (MAS) yang terpaksa melaksanakan skim perpisahan sukarela (VSS) yang membabitkan 3,000 hingga 5,000 kakitangannya terus mencatatkan kerugian sebanyak RM321.12 juta bagi suku pertama tahun ini.
Terjemahan Penerbangan Malaysia (MAS) yang terpaksa melaksanakan skim perpisahan sukarela (VSS) yang membabitkan 3,000 hingga 5,000 kakitangannya terus mencatatkan kerugian sebanyak RM321.12 juta bagi suku pertama tahun ini.
Syarikat penerbangan nasional itu mengalami kerugian besar kira-kira RM1.0 bilion bagi keseluruhan tahun kewangan yang lalu.
Bagaimanapun, MAS berkata, keputusan kewangannya bagi tiga bulan pertama sehingga Mac lalu adalah lebih baik kerana pihaknya menjangka jumlah kerugiannya bagi tempoh tersebut adalah RM349 juta dan ia 'mencerminkan kemajuan dalam usaha mengurangkan kerugian bulanannya'.
Katanya, kerugian bagi suku pertama tahun ini berbanding dengan keuntungan RM111.27 juta setahun lalu adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan 35 peratus kos bahan bakar, di samping kenaikan kos lapangan terbang dan pendaratan.
Kerugian sebelum cukai bagi tempoh tersebut ialah RM309.12 juta berbanding keuntungan RM124.20 juta setahun yang lalu manakala perolehannya pula merosot 3.7 peratus kepada RM3.033 bilion.
Untung dalam tempoh dua tahun
MAS yang sedang melaksanakan penstrukturan operasinya mengikut pelan pemulihan yang diumumkan Mac lalu, berkata kecuali 19 laluan domestiknya, semua laluan dalam negerinya, telah diserahkan kepada syarikat penerbangan tambang murah AirAsia di samping menghentikan penerbangan ke laluan antarabangsa yang tidak menguntungkan.
Minggu lalu, MAS mengumumkan syarikat tersebut akan membelanjakan RM850 juta untuk skim perpisahan sukarela yang membabitkan 3,000 hingga 5,000 kakitangannya.
Mengikut rancangan pemulihannya, syarikat penerbangan negara itu dijangka kembali mencatatkan keuntungan dalam tempoh dua tahun.
"Kita kini di landasan yang betul...ini dibuktikan daripada trend positif bulanan dalam suku tahun pertama ini," kata Pengarah Urusannya, Idris Jala.
Bagaimanapun, katanya, permintaan dijangka merosot dalam suku tahun kedua kerana faktor-faktor bermusim. Berita asal
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.