Johari: Dewan Bandaraya Kuching Utara punca kehilangan undi Melayu
Terjemahan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg telah menyalahkan Dewan Bandaraya Kuching Utara ekoran kurangnya jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi dalam pilihanraya negeri baru-baru ini.
Terjemahan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg telah menyalahkan Dewan Bandaraya Kuching Utara ekoran kurangnya jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi dalam pilihanraya negeri baru-baru ini.
Abang Johari berkata, kelemahan perhubungan awam dewan bandaraya itu menjadi salah satu faktor mengapa kurangnya orang Melayu keluar mengundi di kawasan majoriti Melayu di bandaraya Kuching.
Antara isu yang sudah lama berlarutan ialah tindakan tegas dewan bandaraya itu terhadap para peniaga tidak berlesen dalam kawasan Melayu seperti di Jalan Astana.
Tetapi, seorang pegawai dewan bandaraya itu, yang tidak mahu namanya disebut berkata, Johari (foto) patut tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah pengundi dan bukannya menyalahkan orang lain ekoran kemenangan besar parti pembangkang di Kuching.
Wakil rakyat tidak diperdulikan
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan yang baru, Dominique Ng Kim Ho mendapati, wakil rakyat pun sukar untuk menemui datuk bandar.
Ng telah berusaha sejak enam bulan lalu untuk menemui Datuk Bandar Hamid Yusof berhubung pelbagai isu yang dihadapi penduduk.
Sebelum ini, Setiausaha Hamid memaklumkan kepada NG bahawa datuk bandar akan berada di pejabatnya sepanjang petang semalam.
Ng yang menjangka beliau akhirnya dapat juga bertemu dengan datuk bandar, datang ke pejabatnya bersama para penyokongnya dan penduduk terbabit semalam.
Tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Ng terbabit dalam pertengkaran dengan seorang pegawai dewan bandaraya tersebut yang memberitahunya datuk bandar keluar kerana urusan rasmi.
Selepas suasana diredakan oleh pegawai keselamatan, Ng memberitahu malaysiakini bahawa pegawai berkenaan bersikap 'biadap'.
"Saya sudah dua kali menghantar surat untuk mendapat temujanji. Beliau tidak langsung menjawabnya. Saya juga membuat beberapa pertanyaan melalui telefon," katanya.
Ng berkata, beliau akan membangkitkan perkara tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.