Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Parlimen bersidang seperti dijadual pada 18 Mei
Diterbitkan:  Mar 31, 2020 4:39 PM
Dikemaskini: 8:46 AM

Parlimen akan bersidang seperti dijadual pada 18 Mei, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan.

Parlimen justeru sedang merangka langkah-langkah yang perlu diambil sebagai persiapan untuk persidangan itu, kata anggota parlimen PAS itu.

“Beberapa pendekatan juga turut diambil kira berdasarkan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Kedua dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di beberapa lokasi,” katanya.

Takiyuddin berkata Tumpuan utama Kerajaan kini adalah memastikan semua rakyat, termasuk anggota parlimen terjamin keselamatan.

“Oleh itu semua pihak perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus memerangi wabak ini dengan mematuhi segala arahan pihak berkuasa,” katanya.

Kelmarin sekumpulan ahli akademik, budayawan dan aktivis menggesa kerajaan sidang tergempar parlimen bagi membahaskan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion susulan penularan wabak Covid-19.

Kumpulan 50 individu itu termasuk bekas aggota parlimen Taufik Ismail, sarjana Terence Gomez, Sharifah Munirah Alatas, Wong Chin Huat dan Zaharom Nain serta bekas duta Dennis Ignatius and M Santhananaban.

Mereka berkata oleh kerana tidak diundi oleh rakyat, kerajaan mesti mendapatkan mandat yang betul daripada anggota-anggota parlimen dalam cara yang tidak berpihak kepada parti politik supaya pakej rangsangan itu diluluskan.

Lihat Komen
ADS