Akhbar pro-Samy: Mkini dedahkan kebenarannya
Terjemahan Sebuah akhbar berbahasa Tamil yang pro Datuk Seri S Samy Vellu hari ini mendakwa bahawa malaysiakini telah mendedahkan 'kebenaran' bahawa presiden MIC itu tidak menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengabaikan masyarakat kaum India.
Terjemahan Sebuah akhbar berbahasa Tamil yang pro Datuk Seri S Samy Vellu hari ini mendakwa bahawa malaysiakini telah mendedahkan 'kebenaran' bahawa presiden MIC itu tidak menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengabaikan masyarakat kaum India.
Akhbar berkenaan Tamil Nesan mendakwa demikian dalam ulasan muka depannya yang turut mengecam akhbar pesaingnya Malaysia Nanban dan 'musuh ketat' Samy Vellu timbalannya, Datuk S Subramaniam.
Akhbar berkenaan menyiarkan ulasan tersebut sebagai respons kepada klip audio yang diturun-muatkan oleh malaysiakini semalam, yang mengandungi petikan ucapan Samy Vellu di konvensyen MIC di Johor pada 16 Mei lalu.
Pada hari berikutannya, akhbar Malaysia Nanban dan sebuah lagi akhbar berbahasa Tamil Makkal Osai telah menyiarkan laporan yang menyebut Samy Vellu telah membuat kenyataan kontroversi tersebut.
" Makkal Osai dan Malaysia Nanban mendakwa, Samy Vellu telah menyebut di konvensyen MIC Johor, bahawa Dr Mahathir tidak melakukan apa-apa untuk masyarakat (India). Bagaimanapun, klip audio tersebut yang diperolehi malaysiakini, membuktikan bahawa beliau tidak menyatakan demikian," tegas Tamil Nesan .
"Tidak ada kenyataan seumpama itu dalam klip audio berkenaan yang mengesahkan dakwaan bahawa Samy Vellu telah menyebut Dr Mahathir tidak melakukan apa-apa untuk masyarakat (India)," tambahnya.
Dalam klip audio yang diturun-muat oleh malaysiakini itu, Samy Vellu berkata dalam Tamil:
"Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8), Dr Mahathir Mohamad 'memberitahu' (tidak disebut kepada siapa) bahawa beliau berkata, 'Saya akan beri ini dan itu' (untuk masyarakat India di Malaysia).
"Tetapi pada akhirnya, 'nehi'... dalam bahasa Hindi, ia bermaksud tidak....dalam Tamil..tidak bagi".
Akhbar itu mengagak malaysiakini memperolehi klip audio itu sama dari Malaysian Nanban atau Subramaniam. Ia juga mempersoalkan motif mengapa klip itu diserahkan kepada malaysiakini dua minggu selepas konvensyen tersebut berlangsung.
Bagaimanapun, Ketua Pengarang malaysiakini , Steven Gan berkata, malaysiakini tidak memperolehi klip tersebut dari kedua-dua sumber tersebut.
"Malaysiakini hanya mengesahkan kandungannya dengan Pengarang Berita Malaysia Nanban , M Rajan," katanya.
Seperti yang dilaporkan semalam, malaysiakini juga turut memaklumkan mengenai klip itu kepada Setiausaha Akhbar Presiden MIC itu, E Sivabalan pada hari Jumaat dan kemudiannya menghantar rakaman itu kepada beliau melalui emel. Bagaimanapun, sehingga ini tidak ada sebarang respons.
Subra jadi sasaran
Sementara itu, Tamil Nesan , dalam ulasannya itu juga, mendakwa, Malaysia Nanban telah terperangkap dalam 'jaringnya' sendiri.
"Hitler pernah berkata jika anda terlalu kerap berbohong, ia (akhirnya) akan menjadi kebenaran. Seperti juga Hitler, Malaysia Nanban juga berkhayal di siang hari bahawa dengan berbohong berulangkali, ia akhirny menjadi kebenaran," tambahnya.
Laporan itu juga mendakwa, Malaysia Nanban dan Makkal Osai , yang dikatakan pro Subramaniam, sengaja mengubah ucapan Samy Vellu bagi mewujudkan pergeseran antara beliau dengan Dr Mahathir.
Akhbar itu juga mengecam Subramaniam, yang sebelum ini telah menafikan terbabit dalam kontroversi tersebut, sebagai seorang pemimpin yang tidak mengambil berat tentang kemajuan masyarakat (India).
Sebelum ini, Samy Vellu telah memberitahu malaysiakini, akhbar Makkal Osai dan Malaysia Nanban membawa agenda timbalannya dan menafikan laporan tersebut.
Katanya, penyokong Subramaniam marah dengan keputusannya untuk menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Datuk G Palanivel untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
Samy Vellu juga mengancam untuk menyaman kedua-dua akhbar tersebut. Makkal Osai dan Malaysia Nanban telah mempertahankan laporan mereka dan menolak permintaan supaya memohon maaf.
Apabila Malaysia Nanban dan Makkal Osai mendakwa mereka mempunyai bukti, Samy Vellu dilaporkan berkata: "Mana rakamannya..." Mainkan. Bila saya tidak menyebut perkataan tersebut, bagaimana anda hendak menunjukkan rakamannya. Jika ada orang menyamar sebagai saya, maka perkara lainlah." Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.