Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKP: Sabah benar bengkel, kedai tayar berdaftar JKR beroperasi tiga kali seminggu

Kerajaan negeri Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan bengkel dan kedai tayar yang berdaftar di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) beroperasi tiga kali seminggu sepanjang arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Selain bengkel dan kedai tayar berdaftar, kerajaan negeri turut membenarkan kedai haiwan peliharaan beroperasi pada waktu sama.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Safar Untong berkata bilangan bengkel dan kedai tayar serta kedai haiwan peliharaan yang dibenarkan beroperasi akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah masing-masing.

"Masa operasi yang dibenarkan adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Safar kerajaan negeri juga memutuskan untuk menutup operasi ladang dan kilang kelapa sawit di tiga lagi daerah iaitu Kalabakan, Semporna dan Kunak berkuat kuasa hari ini hingga 14 April.

"Selain itu semua arahan dan larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan Sabah sebelum ini iaitu semasa fasa pertama PKP dilanjutkan sehingga 14 April," katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS