Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Penting bagi GLC bantu k’jaan rangka strategi ekonomi - Muhyiddin
Diterbitkan:  Apr 2, 2020 12:41 PM
Dikemaskini: 4:41 AM

Peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah penting dalam membantu kerajaan merangka strategi ekonomi yang komprehensif semasa dan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata dirinya juga telah mengadakan persidangan video bersama enam teraju utama GLC bagi membincangkan hal-hal berkaitan ekonomi negara.

"Saya juga telah meminta GLC memainkan peranan yang lebih proaktif serta menjadi contoh kepada syarikat atau industri lain dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat membantu rakyat berdepan kesukaran semasa wabak COVID-19," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas persidangan video itu hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz mengadakan persidangan video bersama peneraju utama enam GLC di pejabatnya di Perdana Putra, di Putrajaya.

Turut sama dalam persidangan video itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Tunku Alizakri Alias; CEO Permodalan Nasional Bhd Abdul Jalil Rasheed dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

CEO Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Syed Hamadah Syed Othman; CEO Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Nik Amlizan Mohamed; dan CEO Lembaga Tabung Haji Datuk Nik Mohd Hasyudeen juga menyertai persidangan video tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS