Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'2 peniaga positif Covid-19, pasar borong KL jalani kerja pembersihan'
Diterbitkan:  Apr 2, 2020 4:11 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Pasar Borong Kuala Lumpur - pasar borong terbesar di Malaysia - akan ditutup esok untuk kerja-kerja pembersihan susulan ada dua kes positif Covid-19 di sana semalam.

Menurut China Press, arahan itu dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL mengeluarkan notis tentang perkara itu untuk memberi makluman kepada persatuan pemborong, kata Presiden Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur Wong Keng Fatt.

Dia berkata, dua peniaga sayuran didapati telah dijangkiti Covid-19 bagaimanapun sumber jangkitan masih belum diketahui.

"Pasar borong akan ditutup bermula pukul 7.30 pagi hingga 11 pagi esok. Ia akan sambung operasi selepas itu, jangan panik," katanya seperti dipetik.

Wong berkata lagi, para pemborong telah diarah untuk mengalihkan sayur-sayuran mereka keluar dari pasar agar proses pembersihan tidak menjejaskan sayuran mereka.

Proses pembersihan telah pun dijalankan di gerai dua peniaga tersebut, katanya lagi.

Sementara itu, Wong juga berkata pasar akan ditutup pada 5 April bagi kerja pembersihan bulanan.

Katanya, DBKL telah menetapkan Sabtu pertama setiap bulan untuk kerja tersebut.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS