Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang gesa adakan sidang parlimen kecemasan atas talian
Diterbitkan:  Apr 3, 2020 12:17 PM
Dikemaskini: 4:17 AM

Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya meneroka kemungkinan untuk mengadakan sidang parlimen kecemasan secara ‘maya’ atau atas talian bagi membincangkan cara membendung penularan pabdemik Covid-19 dan kesannya ke atas ekonomi.

“Kita berdepan krisis yang sangat luar biasa dan memerlukan penyelesaian luar biasa,” kata Lim dalam kenyataan media hari ini.

Dewan Rakyat dijadualkan bersidang pada 18 Mei, yang berkemungkinan lewat untuk kerajaan membuat perubahan legistatif kepada Belanjawan 2020.

Setakat ini, Putrajaya komited melaksakan pakej suntikan fiskal langsung sebanyak RM25 bilion sebagai sebahagian daripada pelan rangsangan tetapi akhirnya ini memerlukan kelulusan parlimen melalui belanjawan tambahan.

Merujuk kepada data penularan wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada seluruh dunia, Lim menegaskan Malaysia peru mengeluarkan apa jua strategi bagi memenangi perang ke atas wabak tersebut serta menjamin ekonomi negara.

“Kelewatan pengumuman pakej ekonomi buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah contoh bahawa kerajaan Malaysia masih belum menggunapakai apa juga strategi untuk menghadapi krisis yang belum pernah terjadi di dunia ini bagi menyelamatkan kehidupan orang ramai,” kata Lim.

Rancangan ransangan yang diumumkan pada 27 Mac lalu hanya menyatakan pinjaman kepada PKS dan skim subsidi sebanyak RM600 yang kebanyakkan syarikat tidak layak memohon.

Para pengkritik berpendapat bahawa langkah-langkah ini ternyata lesu berbanding dengan tindakan di negara-negara seperti Singapura dan China yang mengumumkan skim subsidi gaji yang jauh lebih besar untuk mengelakkan pekerja daripada dipaksa berhenti.

Lim berkata Malaysia bukan berdepan kemelesetan normal, yang penyelesaiannya adalah dengan merancakkan penggunaan.

"Dalam perang melawan Covid-19, kerajaan perlu meletakkan ekonomi dalam “koma palsu”tetapi mesti memastikan pesakit terus hidup.

"Dalam keadaan ekonomi pandemik, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek, matlamatnya bukan meningkatkan permintaan tetapi untuk membekukan ekonomi dan untuk rakyat ‘tinggal di rumah dan bertahan’,” kata Lim.

Lihat Komen
ADS