Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hakam bimbang pelanggar PKP dilayan seperti penjenayah
Diterbitkan:  Apr 3, 2020 2:45 PM
Dikemaskini: 6:45 AM

Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) menyatakan kebimbangan dengan layanan terhadap individu yang ditangkap kerana melanggar perintah gerakan kawalan (PKP).

Presiden Hakam, Gurdial Singh Nijar, berkata mereka yang ditahan bukanlah penjenayah melainkan ahli awam biasa yang didakwa melanggar perintah itu.

"Minggu lalu, beberapa orang telah dimasukkan dalam van polis. Semuanya digari.

"Kemudian mereka ditahan reman di lokap polis dan seterusnya, didakwa di mahkamah.

"Mereka ini bukanlah penjenayah berprofil tinggi.

"Mereka adalah orang awam biasan yang ditemui di luar tempat tinggal mereka semasa PKP," katanya dalam satu kenyataan.

Gurdial menyebut contoh seorang wanita yang ditangkap, dan disita barangan peribadi, seelum dihantar ke lokap selama beberapa hari tanpa ada yang datang untuk menjaminnya kerana tiada sesiapa yang dibenarkan untuk melawat semasa PKP.

Wanita itu dikatakan akan didenda.

"Ini adalah layanan yang keterlaluan. Saya faham ada pandangan yang yang mahu situasi kita sekarang ini berakhir dengan cepat: atas pelbagai sebab.

"Dan para ahli politik turut memberi respons kepada pandangan ini. Dan ramai yang mungkin menyokong tindakan yang keras terhadap rakyat.

"Tetapi kita tidak boleh kehilangan nilai-nilai kemanusiaan kita.

"Ada risiko nilai-nilai hak asasi kita akan semakin terhakis," katanya.

Gurdial mengulangi bahawa orang ramai masih belum terbiasa dengan PKP, justeru, menurutnya, pelaksanaan harus dilakukan dengan cara yang membantu.

"Pelaksanaan oleh pihak berkuasa harus dilihat sebagai menggalakkan agar orang ramai menerhadkan pergerakan mereka hanya untuk keperluan penting.

"Orang ramai akan berdepan kesukaran dengan sekatan ini dalam rutin hidup mereka.

"Secara ringkasnya, peraturan yang baru ini perlu dilaksanakan dengan bersifat membantu dan bukannya cara yang bersifat menghukum. Kecuali mungkin terhadap individu yang betul-betul suka melanggar perintah," katanya.

PKP yang telah berkuat kuasa sejak 18 Mac dijadual berakhir pada 14 April.

Lihat Komen
ADS