Pesawat Hawk terhempas di perairan Mersing

   

Sebuah pesawat pejuang jenis Hawk 108 dari Skuadron Keenam (6 Skuadron) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkalan di Kuantan hilang dan dipercayai terhempas di perairan Mersing, Johor petang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM Kapten Zulkiflee Abdul Latiff berkata pesawat itu terputus perhubungan dengan menara kawalan pada pukul 4.37 petang.

"Pesawat adalah dalam misi latihan penerbangan biasa," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata TUDM telah menubuhkan pasukan mencari dan menyelamat yang telah digerakkan untuk melakukan misi menyelamat.

Setakat ini pesawat itu masih belum ditemui.

Pesawat itu dipercayai terhempas ke dalam laut kira-kira dua batu nautika di bahagian utara Kuala Rompin, Pahang, menurut sumber-sumber polis.

Malaysiakini
terkini untuk anda