Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ini tak selari dengan dasar PN - menteri
Diterbitkan:  Apr 6, 2020 10:36 AM
Dikemaskini: 3:26 AM

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa membidas keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memberi pengecualian kepada syarikat arak, Heineken Malaysia Bhd untuk beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dakwanya bertentangan dengan dasar yang ditetapkan.

“Ini jelas tidak selari dengan dasar yang diputuskan. Tindakan perlu diambil segera,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Pemimpin Umno itu mengulas hantaran seorang netizen yang memprotes terhadap pengecualian berkenaan.

Sebelum ini, sepucuk surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi pengecualian kepada syarikat arak itu untuk beroperasi tular di media sosial.

Dalam surat bertarikh 31 Mac yang dilihat Malaysiakini, kementerian berkenaan membenarkan syarikat pembekal bir itu beroperasi dalam PKP, susulan permohonan yang dibuat pada 24 Mac.

Pihak Heineken kemudian mengesahkan ketulenan surat itu melalui satu kenyataan sambil menambah bahawa operasi terhad mereka itu hanya dibenarkan dengan 10 peratus pekerja semasa PKP.

Sebelum ini, PAS juga menjadi sebahagian daripada jemaah menteri kerajaan PN turut membantah pelepasan yang diberikan kepada kilang arak itu.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nasrudin Hassan, berkata beliau tidak pasti sama ada surat yang tular itu benar atau tidak, justeru belum ada kenyataan rasmi kerajaan memperakuinya walaupun terdapat dakwaan bahawa syarikat arak berkenaan mengesahkan bahawa surat itu benar.

“Jika ia benar, maka saya yakin umat Islam khasnya akan tersinggung dan membantah pengecualian tersebut.

“Sementara PAS yang kini menjadi sebahagian dari kerajaan, pastinya akan mengambil peranan yang wajar agar kerajaan menimbang semula serta menarik balik pengecualian tersebut.

“Justeru arak bukan minuman utama kepada rakyat sehingga ia boleh memudaratkan ekonomi negara dan makan minum rakyat di saat negara berdepan PKP ini,” kata Nasrudin dalam satu hantaran di Facebook hari ini.


Lihat Komen
ADS