Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19 di Malaysia: 1 lagi korban, 131 kes baru, 236 pulih
Diterbitkan:  Apr 6, 2020 5:44 PM
Dikemaskini: 1:29 PM

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan jumlah kes pulih dari jangkitan Covid-19 harian tertinggi, iaitu sebanyak 236 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih dan sudah discaj dari hospital ialah sebanya 1,241, iaitu 32.7 peratus dari keseluruhan kes.

Sebanyak 131 kes baru turut dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,793.

Seramai 102 pesakit kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam sidang medianya hari ini, Noor Hisham juga memaklumkan satu lagi kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini adalah sebanyak 62.

Kematian terbaru itu melibatkan lelaki warga Malaysia berumur 67 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Lelaki berkenaan mempunyai beberapa kontak rapat dengan jemaah tabligh Seri Petaling. Dia telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 10.22 pagi.

Lihat Komen
ADS