Blog Piala Dunia di Malaysiakini
Piala dunia 2006 akan bermula di Jerman kira-kira sebulan lalu. Sebanyak 32 pasukan akan merentap untuk menjulang piala berprestij itu dari 9 Jun hingga 9 Julai depan.
Piala dunia 2006 akan bermula di Jerman kira-kira sebulan lalu. Sebanyak 32 pasukan akan merentap untuk menjulang piala berprestij itu dari 9 Jun hingga 9 Julai depan.
Dan malaysiakini akan turut memeriah musia piala dunia kali ini dengan mengadakan blog bolasepak mulai hari ini untuk membawa aksi-aksi terkini kepada para pembaca.
Blog ini akan dikendalikan oleh Editor malaysiakin i K Kabilan seorang peminat setia pasukan Liverpool yang kini sedang cuti belajar di England.
"Sepanjang tempoh berkenaan, saya akan memberi ulasan dan pandangan mengenai perlawanan yang diadakan. Saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk mengelak daripada dianggap menyokong mana-mana pasukan atau pemainnya.
"Ini bermakna, pujian akan diberikan kepada mana-mana pasukan atau pemain yang menunjukkan prestasi yang baik, manakala pasukan atau pemain yang menunjukkan prestasi yang buruk juga, tidak akan terkecuali," katanya.
Kabilan, yang kini sedang menyambung pelajarannya dengan biasiswa British Chevening, akan menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana dalam bidang kewartawan web di Universiti Sheffiel, UK.
"Saya akan menulis apa yang saya rasa menarik. Saya juga akan catatkan kejadian dan peristiwa lucu yang saya saksikan dalam perlawanan. Dan saya juga akan membuat previu dan reviu bagi perlawanan tersebut. Dan adakalnya saya juga mungkin menulis mengenai pemain yang menarik perhatian saya," tambahnya.
Mengapa bolasepak?
Ketua Pengarang malaysiakini, Steven Gan berkata, blog tersebut akan menyediakan peluang kepada pembaca untuk mengikuti aksi-aksi terkini piala dunia.
"Mengapa kita menyiarkan blog mengenai bolasepak? Jawapannya mudah pembaca kita sentiasa inginkan padang permainan yang sama rata," tambahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif malaysiakini Premesh Chandran pula berkata: "Inilah masa yang terbaik untuk merehatkan fikiran daripada politik. Kami berharap para pembaca akan bersama-sama mengikuti blog bolasepak ini dan menghantar ulasan dan pemerhatian mereka."
Perlawanan bolasepak dunia itu akan bermula Jumaat depan dan perlawanan pertamanya adalah di antara tuanrumah Jerman menentang Costa Rica di Munich.
Juara bertahan Brazil pula akan menentang Croatia pada 13 Jun. Dan sekali lagi Brazil menjadi pasukan pilihan untuk menjulang piala Dunia bagi kali keenam musim ini


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.