Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perdana menteri UK masuk ICU kerana Covid-19
Diterbitkan:  Apr 7, 2020 10:13 AM
Dikemaskini: 2:13 AM

Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan gejala Covid-19 yang dialaminya semakin teruk.

“Sejak Ahad lalu, perdana menteri dirawat oleh doktor di Hospital St Thomas London setelah dimasukkan ke wad kerana gejala Covid-19 didapati tidak kebah,” kata jurucakap Downing Street.

“Atas sebab itu tengah hari semalam, keadaan perdana menteri telah bertambah buruk dan mengikut nasihat pegawai perubatan, beliau dimasukkan di ICU.

“Perdana Menteri juga telah meminta Setiausaha Luar Dominic Raab, yang merupakan Setiausaha Pertama Negara untuk mewakilinya bagi sebarang urusan diplomatik,” katanya lagi seperti dilapor Reuters.

Johnson pada 27 Mac lalu menjadi pemimpin pertama kuasa besar dunia yang mengumumkan diuji positif wabak itu. 

Beliau menjalani kuarantin sendiri di kediamannya di Downing Street. 

Jumaat lalu Boris berkata beliau akan terus dalam kuarantin kerana masih memiliki suhu badan yang tinggi.

Sementara itu, satu sumber memberitahu Reuters bahawa Johnson masih dalam keadaan sedar. 

Lihat Komen
ADS