AG, Metramac tolak permohonan Cherie Blair
Terjemahan Malaysia telah menolak permohonan peguam Cherie Blair isteri kepada Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk mewakili satu kes kontroversi di negara ini.
Terjemahan Malaysia telah menolak permohonan peguam Cherie Blair isteri kepada Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk mewakili satu kes kontroversi di negara ini.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Metramac syarikat konsesi tol lebuhraya adalah antara pihak yang membantah pembabitan Cherie dalam kes tersebut, yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah terhadap bekas menteri kewangan.
Sebagai peguam rakyat asing, Cherie, yang merupakan pakar hak asasi manusia dan seorang Queen Counsel (QC), perlu mendapatkan kebenaran untuk mewakili keas tersebut, yang dijadualkan bermula pada 14 Jun ini.
Abdul Gani berkata, Pejabat Peguam Negara telah memfailkan permohonan Rabu lalu, membantah permohonan Cherie itu, tetapi enggan mengulas lanjut.
"Kita telah menfailkan permohonan dan tungguhlah...," kata Abdul Gani kepada AFP.
Peguam Metramac, Peter Justin Skelcy pula berkata, Cherie tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia, yang menyatakan peguam asing mesti membuktikan yang mereka mempunyai kemahiran istimewa yang tidak dimiliki peguam tempatan.
"Saya telah nyatakan, walaupun pemohon mempunyai kelayakan yang hebat dan seorang QC terkenal, tetapi beliau tidak mempunyai pengkhususan atau pengiktirafan dalam bidang perundangan tertentu yang dapat dipertimbangkan," katanya dalam dokumen mahkamah yang diperolehi akhbar The Star.
Kumpulan anti-rasuah
Kumpulan anti-rasuah dan pihak pembangkang di Malaysia telah mendesak supaya dijalankan penyiasatan terhadap kes Metramac, selepas hakim mendapati pemiliknya telah dianugerahkan bayaran pampasan sebanyak RM764.2 juta.
Jumlah tersebut adalah sebagai gantirugi bagi kehilangan kutipan tol dari jalan-jalan utama di bandaraya, selepas dua tokoh yang mempunyai kaitan politik, mengambil alih Metramac, walaupun sebelum itu kerajaan telah menyatakan yang ia tidak mempunyai peruntukan untuk sebarang bayaran pampasan.
Januari lalu, hakim mahkamah rayuan, dalam penghakimannya berkata terdapat bukti yang menunjukkan berlakunya penyelewengan wang dalam Metramac.
Fawziah, yang merupakan pemilik Metramac sebelumnya, dianugerahkan gantirugi RM65 juta.
Halim Saad, salah seorang tokoh terbabit, yang telah membuat permohonan untuk membatalkan semua rujukan terhadapnya dalam penghakiman kes berkenaan, turut membantah permohonan Cherie itu.
"Beliau mewakili tujuh kes (komersil) yang telah dilaporkan, tetapi ianya bukanlah satu pencapaian cemerlang bagi seorang peguam yang mempunyak 30 tahun pengalaman dan sebelas tahun sebagai seorang QC," kata peguam Jason Wee Heng Long, yang mewakili Halim. Berita asal
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.