Kerajaan Kelantan mengesahkan tiada penganjuran bazar Ramadan di negeri itu pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan keadaan semasa wabak Covid-19 yang masih membimbangkan.

"Dalam keputusan ini kita selari dengan keputusan kerajaan persekutuan yang memutuskan supaya tiada bazar Ramadan diadakan pada tahun ini.

"Melihat keadaan semasa kita putuskan sebagaimana yang dimaklumkan oleh kerajaan pusat," katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan bazar Ramadan tidak dibenarkan jika tempoh perintah pawalan pergerakan (PKP).

Menurutnya, jika PKP tamat sebelum Ramadan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk penganjuran bazar berkenaan.