Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan benar projek pembinaan kritikal beroperasi
Diterbitkan:  Apr 9, 2020 4:07 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Kerajaan memberi pengecualian kepada beberapa projek pembinaan yang kritikal untuk meneruskan operasi ketika perintah larangan pergerakan (PKP) dikuatkuasa.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, berkata ia membabitkan projek-projek pembinaan kritikal yang sekiranya dihentikan boleh mendatangkan ancaman keselamatan seperti Transit Aliran Massa (MRT).

"Beberapa pengecualian telah dipersetujui untuk diberikan bagi kategori binaan yang dianggap kritikal dan memastikan keselamatan terjamin.

"Misalnya dalam kerja-kerja MRT sekarang ini membabitkan pengorekan terowong di enam tapak dalam jarak 10 meter.

"Pengorekan terowong ini tak boleh berhenti kena bergerak 24 jam, kalau pengorekan terowong dihentikan boleh berlaku tanah runtuh," katanya dalam satu sidang media yang di Facebooknya, hari ini.

Gambar fail - Annuar Musa

Selain pembinaan MRT, beberapa projek dalam fasa teknikal yang boleh mengundang masalah dan ancaman keselamatan jika dihentikan turut dibenarkan beroperasi.

Malaysia sedang melaksanakan PKP dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di negara ini.

PKP yang bermula 18 Mac lalu pada awalnya dijadualkan berrakhir 31 Mac lalu kemudiannya dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Esok kerajaan akan memutuskan sama ada PKP akan berakhir 14 April ini ataupun dilanjutkan sehingga fasa seterusnya.

Selaras dengan PKP itu, kesemua agensi kerajaan, aktviti pernigaan dan pembinaan telah diarahkan menghentikan operasi sepanjang PKP.

Hanya agensi, perkhidmatan ataupun pernigaan yang penting berkait dengan keperluan harian rakyat saja dibenarkan beroperasi pada musim ini mengikut peraturan ditetapkan.

Annuar berkata, meskipun diberi kelonggaran untuk beroperasi ketika PKP, syarikat berkaitan perlu memastikan pihak mereka mematuhi segala peraturan ditetapkan.

"Syarikat hendaklah menjaminkan pematuhan keselamatan 100 peratus kepada garis panduan yang diberikan bandaraya, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Saya baru jumpa pengurusan syarikat berkenaan untuk memberi penegasan tentang apa yang mereka harus lakukan, termasuk kemukakan senarai nama pekerja dapat kebenaran.

"Kita terpkasa beri pengecualian tanpa kita kebelakangkan prosedur-prosedur berkaitan PKP," katanya.

Lihat Komen
ADS