mk-logo
Berita
MP Machang dilantik pengerusi baru Lembaga Minyak Sawit
Diterbitkan:  Apr 9, 2020 10:30 PM
Dikemaskini: 2:30 PM

Ahmad Jazlan Yaakub menggantikan Mohd Bakke Salleh menerajui Lembaga Minyak Sawit Malaysia, maklum Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali.

Ahli Parlimen Machang dan bekas timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Ahmad Jazlan Yaakub telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang baru, berkuat kuasa 8 April, 2020.

Dalam satu kenyataan hari ini, MPOB berkata Ahmad Jazlan menggantikan Mohd Bakke Salleh yang telah berkhidmat sehingga 31 Mac, 2020.

Pelantikan itu diumumkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, pengurusan MPOB menaruh keyakinan bahawa pengalaman Ahmad Jazlan akan membantu melonjakkan pembangunan mampan industri sawit negara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS