Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

ULASAN | Pendekatan perintah berkurung manakah yang terbaik? New Zealand hanya mempunyai satu kes kematian.

Taiwan memulakan pertempuran melawan koronavirus pada akhir 2019 dan membuat satu tindakan yang keras pada tahap awal, serta tetap waspada untuk mengelak daripada gelombang kedua.

Denmark juga merupakan antara negara terawal melakukan perintah berkurung dan sudah bersedia untuk kembali ke kehidupan biasa, telah membuka sekolah dan pejabat untuk kali pertama selepas sebulan.

Tidak seperti negara lain, Sweden tidak melakukan perintah berkurung, dan hasilnya, berkemungkinan akan mengekalkan ekonomi terbaik di Eropah.

Tidak kira apa yang anda fikirkan secara peribadi, mengenai pendekatan yang terbaik, mesti akan ada pendapat yang bertentangan - semuanya mempunyai alasan yang munasabah - dan kemungkinan pendapat bertentangan itu datang dari seseorang di dalam rumah yang sama!

Perkara yang kita ketahui adalah dengan melakukan sebarang pendekatan yang membawa kepada perintah berkurung akan menjejaskan ekonomi, jadi terdapat beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya:

1. Adakah jelas bahawa dengan melakukan perintah berkurung akan memperlahankan kadar jangkitan baru?

2. Adakah kita ketahui kaedah sebenar penjagaan fizikal yang berkesan semasa perintah berkurung?

3. Adakah kita pasti sifat-sifat virus yang tersebar di udara, air dan permukaan?

4. Berapakah jumlah sebenar masyarakat yang sudah terdedah dan berjaya melawan koronavirus?

5. Adakah berbaloi memberi tumpuan dan membatasi perintah berkurung hanya kepada kumpulan umur yang berisiko dan zon merah?

Dan persoalan utama:

6. Apakah keseimbangan antara perintah berkurung dan menyelamatkan ekonomi?

Tanpa membuat sebarang perbandingan, maka kesimpulan logik yang boleh diambil adalah perintah berkurung hanya akan berakhir sepenuhnya apabila vaksin sudah tersedia untuk semua orang - walaupun mengambil masa 12-18 bulan lagi.

Semua persoalan ini bukannya sekadar hiperbola, sebaliknya bertujuan untuk menggambarkan bahawa kita harus membuat pilihan yang sukar.

Apabila kita membuat pilihan sukar, kita harus berfikir dengan penuh belas kasihan dan juga secara strategik. Ini juga berlaku dalam hal peribadi dan hal ehwal negara.

China merupakan contoh yang terdekat boleh diambil. Sekatan yang dilakukan oleh mereka, seperti di Wuhan, adalah yang paling zalim pernah dilakukan.

Namun, apabila keadaan mereka stabil, mereka mengutamakan pembentukan semula ekonomi berbanding ancaman gelombang kedua jangkitan. Sekiranya strategi China itu menjadi, kesannya adalah sangat besar - akan terjadi peralihan keseimbangan kuasa dunia, di mana ia akan memberi kelebihan kepada China.

Sudah pasti akan ada yang menang dan kalah daripada kejatuhan ekonomi disebabkan krisis ini. Walaupun kita tidak mengharapkan sesuatu yang buruk terjadi kepada orang lain, kita harus mempunyai sasaran yang terbaik untuk rakyat kita, masyarakat kita dan ekonomi kita.

Kita harus menghargai bahawa terdapat keseimbangan antara perintah berkurung dan menyelamatkan ekonomi. Inilah yang membuat keputusan untuk memanjangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi sukar, namun ia merupakan tanggungjawab sosial yang harus kita hormati sepenuhnya.

Mungkin pengajaran terbaik yang kita boleh pelajari dari Sweden adalah bahawa keseimbangan terbaik dapat memelihara ekonomi kita bukan sekadar penjarakan sosial, tetapi juga tanggungjawab sosial. Jika kita bekerjasama, dan saling membantu antara satu sama lain, maka kita mempunyai setiap sebab untuk mengharapkan hasil terbaik.


DR RAIS HUSSIN ialah presiden/CEO, EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar yang strategik.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS