Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKP dilanjutkan dua minggu lagi
Diterbitkan:  Apr 10, 2020 4:08 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan disambung lagi dua minggu sehingga 28 April.

Keputusan itu dibuat susulan maklum balas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak Covid-19.

"Berdasarkan nasihat KKM dan pakar-pakar perubatan, kerajaan putuskan untuk lanjutkan (PKP) selama dua minggu lagi iaitu 15 April sehingga 28 April," katanya.

Menurut Muhyiddin, pelanjutan tempoh PKP itu adalah untuk memberi ruang kepada petugas kesihatan memerangi Covid-19 selain mengelakkan penularan semula wabak berkenaan.

Pelanjutan dua minggu itu, katanya, selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya PKP tidak ditarik terlalu awal.

“Beberapa negara lain meningkat semula apabila PKP tamat,” katanya.

PKP bermula pada 18 Mac untuk melandaikan keluk jangkitan Covid-19 dan disambung sehingga 14 April.

Beberapa kawasan kemudiannya diletakkan bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selepas merekodkan angka kes yang tinggi.

Lihat Komen
ADS